KUALA LUMPUR – Sebanyak 96 akaun bank berkait dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dibekukan bernilai RM581,552 susulan serbuan Op Global, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tersebut selepas siasatan dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.
ARTIKEL MENARIK:Penduduk Berdekatan Akui Tidak Pernah Nampak Kanak-Kanak Rumah Amal GISB Ke Sekolah – “Ada Yang Diberhentikan Untuk Berniaga”
“Sehingga kini sebanyak 96 akaun bank melibatkan GISBH yang berjumlah RM581,552 telah dibekukan.
Loading...
“Dalam pada itu, sebanyak empat akaun telah ditutup,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment