Bapa kepada lelaki yang diikat dan dipukul hingga maut setelah terlibat dalam kemalangan dekat Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor tampil meluahkan rasa terkilan dan sedih terhadap kejadian yang menimpa anaknya.
Ujar Samad Bakar,70, dia tidak sanggup melihat video anaknya, Shahril,41, diperlakukan dengan kejam dan berharap pelaku dibawa ke muka pengadilan dan dihukum dengan setimpal.
ARTIKEL MENARIK:Remaja 16 tahun pandu pikap ala ‘Transformers’ seludup ketum
Bapa tak sanggup lihat video anak dipukul
Ketika itu anak hanya diberitahu arwah dipukul. Tiada pula dia maklum yang dia (Shahril) sudah meninggal dunia. Saya mula bersiap ke lokasi, namun anak beritahu tidak perlu kerana arwah sudah dibawa ke Hospital Serdang.
Katanya lagi, meskipun dia tidak mengetahui sebab anaknya diperlakukan sedemikian rupa, namun dia beranggapan bahawa arwah anaknya tidak patut diperlakukan sedemikian rupa.
Arwah anak kedua daripada tujuh beradik dan seorang yang baik, malah tidak pernah melawan apabila dimarahi. Dia masih bujang dan banyak membantu saya serta isteri di kedai makan kami.
Arwah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan tinggalkan kami, namun dua hari lalu dia secara tiba-tiba pulang dan tidur di rumah, sedangkan selama ini dia tidur di kedai.
Harap pelaku dapat hukuman setimpal
Adik mangsa, Syazwan, 27, memaklumkan bahawa keluarga mereka akan menyerahkan urusan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang setimpal terhadap pelaku yang menyebabkan kematian abangnya itu.
Mereka tidak patut dilepaskan begitu saja kerana telah menyebabkan kematian. Saya ada dapat rakaman keseluruhan kejadian daripada orang awam yang berada di lokasi dan memaklumkan bersedia jadi saksi.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu rakaman video memaparkan seorang lelaki telah ditarik keluar daripada kereta oleh sekumpulan orang awam selepas kemalangan, diikat tangan dan dipukul hingga maut. – Harian Metro
Kredit -beautifulnara
Post a Comment