Wanita Kreatif Ini Kongsikan Cara Senang DIY Cermin Ala-Ala Diamond Mirror Dengan Bajet RM350 Je!

Wanita Kreatif Ini Kongsikan Cara Senang DIY Cermin Ala-Ala Diamond Mirror Dengan Bajet RM350 Je!

Dekorasi hiasan dalaman termasuk warna cat, posisi langsir dan pemilihan cermin adalah sangat penting untuk memberi impak ruangan rumah lebih luas. Jika pandai memilih perabut, rumah korang juga akan kelihatan mewah.

Wanita Kreatif Ini Kongsikan Cara Senang DIY Cermin Ala-Ala Diamond Mirror Dengan Bajet RM350 Je!



Menerusi laman Kelab Kaki Deko, Diyanah Salim kongsi cara buat cermin ala-ala diamond mirror dengan kos lebih kurang RM 350 sahaja. Korang lihatlah sendiri hasilnya.. mewah!

ARTIKEL MENARIK:“Untuk bilik kami, memang terasa sejuknya” – Pelajar buat aircond DIY modal RM30, barulah dapat tidur lena


Cermin ala ‘diamond mirror’

2.jpg



Seperti yang dijanjikan, Cik Nana share kos dan cara buat cermin ala ala diamond mirror yang kalau order dekat luar selalunya besar ni dalam RM1.5k kot.

Tapi yang dorang pakai memang jenis cermin yang nmpk mewah sebab cermin tu dah berlekuk.
Cik Nana pulak buat bajet Cik Nana.

Kalau rasa murah, alhamdulillah.
Kalau rasa mahal, cuba cari cermin yang lagi murah

Barang dan kos

3.jpg


4.jpg


Kos dan barang yang diperlukan untuk buat cermin ala ala diamond mirror
– LOTS mirror Ikea – 4pcs per set – RM29.90
– Cik Nana beli 9 set = 36pcs – RM269.10
Cik Nana guna 32pcs. Saja beli lebih sebab incase kalau pecah ada backup.
– Gam cermin beli dekat diy 2 batang = RM8/pcs


Loading...


– Mirror cutter beli dekat diy = RM5
– Spray putih untuk kayu = RM8
– Kayu wainscoting 1 batang = RM5.95/batang
Cik nana guna 4 batang =RM23.80 sen

(panjang sebatang 7 kaki)
Cermin tu Cik Nana hantar potong siap-siap dekat kedai sebab tak confident nak potong sendiri. Potong 8pcs akan dapat bentuk cermin 3 segi, 16pcs = RM35
Total semua kos : RM348.90 sen

Cara buat

5.jpg


Cara Cik Nana buat

– Mula-mula Cik Nana ukur dulu besar mana frame untuk cermin nak buat.
– Lepastu potongkan kayu ikut ukuran yang tepat.
– Ambil cermin untuk tengok ngam atau tak dengan ukuran frame.
– Pasangkan frame pada dinding. Pastikan center dan tegak betul-betul supaya nanti masukkan cermin tak lari ukuran.

– Tampal cermin bermula dari border dulu dan berselang seli dengan cermin 4 segi.
– Jangan pasang border sampai habis sebab risau nanti ada banyak gap antara cermin. So selang seli kan dia.

– Tampal sampai habis then siap.
Lap cermin untuk hilangkan kesan jari yang letih dan gigih tampal semua cermin tu

6.jpg



P/s: Mesti pelik kan, beli mirror cutter tapi kenapa hantar kedai.

Cik Nana guna jugak mirror cutter tu sebab ada bahagian yang kena kecikkan sikit. So cut je sendiri. Biasalah org tak pakar buat. Mesti lah bukan perfect 100%

Tapi sekarang dah tau teknik. So dah tau nak buat lepas ni macam mana dengan lebih kemas
#dekobajetciknana

Sumber : Diyanah Salim via Kelab Kaki Deko via ohbulan.com

Kredit -BLOGMAZEER.COM



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post