Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 2023

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Perdana Menteri mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah iaitu STR akan diberikan kepada isi rumah dengan pendapatan kurang RM 2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 2023



Bantuan STR ini adalah salah satu inisiatif yang bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup yang melambung.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki ini kongsikan formula guna Aircond dengan betul, Bil letrik pun jimat, rumah pun sejuk


Bagi fasa 1,2 dan 3 Sumbangan Tunai Rahmah ini sudah pun dibayar kepada pemohon yang layak. Informasi kepada semua, Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 merupakan pembayaran terakhir bagi Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023.

Jadi, ramai yang bertanya bilakah tarikh dan berapa jumlah pembayaran bagi fasa 4 STR.

Untuk makluman, pembayaran bagi fasa 4 adalah adalah yang terakhir bagi tahun ini di mana jumlahnya adalah berbeza berdasarkan kategori kelayakan setiap penerima masing-masing.

Apa yang menariknya dalam fasa ini, ada kategori yang bakal menerima bayaran sehingga RM1200.

Berikut adalah dikongsikan maklumat mengenai tarikh dan jumlah bayaran STR fasa 4.
Semakan Dahulu Status STR Terkini

Semakan status STR boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
    Semakan permohonan.
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.
  3.  Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  4.  Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
  5.  Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut:

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad PemohonPengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Permohonan
  6. Klik Maklumat Bayaran

Loading...


Sekiranya anda terlupa kata laluan, lihat panduan berikut (Bahagian C) dalam laman portal STR:

https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_MYSTR.pdf

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum ini, pembayaran fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuat pada bulan November 2023.

Walaupun begitu, tarikh sebenar pembayaran akan diumumkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang akan dibuat dari semasa ke semasa.

Jika diikutkan pembayaran STR fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 sebelum ini, tiada tarikh khusus yang ditentukan bagi pembayaran tersebut;

Tarikh Fasa 1 – 17 Januari 2023 (Selasa)
Pada Fasa 2 – 5 April 2023 (Rabu)
Dalam Fasa 3 – 26 Jun 2023 (Isnin)
Fasa 4 – Belum diumumkan

Oleh yang demikian, pengumuman tarikh sebenar akan dibuat secara rasmi oleh Perdana Menteri atau Menteri Kewangan melalui pengumuman rasmi oleh Kerajaan.
Berapa Jumlah Bayaran Fasa 4?

Jumlah bantuan STR fasa 4 yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Penerima akan menerima antara RM200 hingga RM1,200 berdasarkan kelayakan masing-masing.

Kategori yang akan menerima bayaran fasa 4 adalah;

  • Isi Rumah
  • Warga Emas

Berikut adalah kadar dan jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing:

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200

Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada bayaran
  2. Bil anak 1-2 – Tiada bayaran
  3. Bil anak 3-4 – RM300
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM500

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun pendapatan bawah RM5,000

RM200

Untuk makluman, jadual ini adalah bayaran bagi penerima STR sedia ada yang menerima bayaran STR fasa 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Jadual bayaran bagi penerima yang berstatus lulus rayuan STR akan diumumkan oleh kerajaan selepas ini.


Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post