“Untuk bilik kami, memang terasa sejuknya” – Pelajar buat aircond DIY modal RM30, barulah dapat tidur lena

“Untuk bilik kami, memang terasa sejuknya” – Pelajar buat aircond DIY modal RM30, barulah dapat tidur lena

CUACA panas melampau yang sedang melanda mungkin tidak begitu terasa sekiranya kediaman anda mempunyai pendingin hawa.

“Untuk bilik kami, memang terasa sejuknya” – Pelajar buat aircond DIY modal RM30, barulah dapat tidur lena



Menurut seorang pelajar dikenali sebagai Daniel, cuaca panas di asrama tidak lagi menjadi satu masalah apabila dia dan rakan-rakannya berjaya mencipta aircond (do it yourself) DIY dengan modal RM30 sahaja.

ARTIKEL MENARIK:Luar biasa kreatif orang Felda Lui! 6 buah kipas siling slumbertergantung tengah rumah elak panas… Netizen cuak takut bumbung terbang


Berikut merupakan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan aircond DIY:

1. Kipas angin

2. Kotak ais

3. Ketulan ais

4. Dua botol terbuang

5. Garam


Cuaca panas melampau memaksa sebilangan rakyat Malaysia berfikir kreatif untuk menyejukkan kediaman masing-masing. (Gambar Hiasan)



Loading...


Cara-caranya:

1. Tebuk satu lubang pada penutup kotak ais. Kemudian tebuk dua lubang lagi pada sisi kotak ais.

2. Masukkan ketulan ais yang ditabur garam ke dalam kotak ais berkenaan.

3. Masukkan dua botol terbuang yang telah dipotong pada lubang di sisi kotak ais.

4. Tutup kotak dengan penutup dan halakan permukaan kipas secara meniarap.

5. Pasang kipas tersebut dan anda dapat rasakan sensasi nyaman yang keluar melalui dua corong pada sisi kotak ais.

Bercerita kepada mStar, pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di kampus Lumut, Perak, itu berkata aircond berkenaan mampu bertahan sehingga dua ke tiga jam, bergantung kepada ais yang digunakan.

“Setiap kali nak tidur waktu malam, kami dapat rasa haba. Jadi, saya bagi idea kepada rakan sebilik untuk buat aircond DIY ni.

“Untuk ruangan kecil macam bilik kami, memang dapat rasa kesejukannya. Ketahanan pula bergantung kepada ais. Kalau letak garam pada ais, boleh tahan dalam dua ke tiga jam.

“Kami bercadang nak guna dry ice lepas ni agar ia tahan lebih lama. Hari tu kami guna ais biasa sebab tiada dry ice di kawasan kami,” ujarnya lagi.

Tentang kos pula, Daniel berkata dia membeli kotak ais pada harga RM17, ais RM10 dan garam RM3, menjadikan total kos projek itu sebanyak RM30 sahaja.

kredit: mstar


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post