(VIDEO) Usaha Redah Banjir Utk Jumpa Ibu Gagal, Lelaki M4ut Dibawa Arus Deras

(VIDEO) Usaha Redah Banjir Utk Jumpa Ibu Gagal, Lelaki M4ut Dibawa Arus Deras

TINDAKAN seorang pemandu pacuan empat roda yang dengan beraninya meredah laluan banjir membawa padah selepas kenderaan tersebut dihanyutkan arus deras ke dalam sungai.

(VIDEO) Usaha Redah Banjir Utk Jumpa Ibu Gagal, Lelaki M4ut Dibawa Arus Deras



Difahamkan kejadian itu berlaku di wilayah Veracruz, Nicaragua pada 29 May lalu dan video tersebut kembali tular di media sosial sejak Selasa.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Kereta Kena Rempuh Dengan Kereta Api Gara-Gara Palang Landasan Tak Berfungsi


Mangsa yang juga pemandu kenderaan Alberto Uriel Romero Martínez, 48, dilihat cuba menyeberang jalan tersebut walaupun beberapa kenderaan berhenti di tepi jalan raya untuk tidak meneruskan perjalanan.

Dalam video berdurasi seminit 10 saat itu juga memaparkan, kenderaan itu pada awalnya tersangkut dibawah palang jambatan sebelum terjerumus ke bawah sungai yang mengalir deras akibat banjir.

@majoritiofficial

Jangan ‘underestimate’ air banjir. Kena air deras macam ni, sekejap je nasib boleh berubah. Nasihat juga untuk rakyat Malaysia yang suka redah banjir. Kejadian berlaku di Nicaragua pada 29 Mei lalu #majoriti #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #banjir #nicaragua

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Mangsa yang terperangkap juga dilihat cuba keluar melalui tingkap kenderaanya namun arus terlalu deras menyebabkan Alberto bergelut untuk mengeluarkan diri pada mulanya.

Cubaan mangsa untuk mengeluarkan diri hanya berjaya selepas kenderaan itu hanyut ke dalam sungai.

Namun begitu, mangsa disahkan maut selepas ditemui pihak berkuasa beberapa kilometer daripada tempat kejadian.

Memetik laporan media antarabangsa, Noticias Caracol Tv, difahamkan mangsa pada waktu kejadian dalam perjalanan melawat ibu di wilayah tersebut.

Sumber: Majoriti



Loading...


Baca Juga: Wanita Berdepan Detik Cemas, Kereta Terperangkap Dlm Banjir | KLANG – Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandu terperangkap di dalam banjir di Klang Central, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di sini pada Ahad.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.44 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rafizi Taib bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter.

“Seorang wanita berusia 57 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz telah tersekat di dalam limpahan air tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu wanita tersebut berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter.

“Seorang wanita berusia 57 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz telah tersekat di dalam limpahan air tersebut.

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala limpahan air di kawasan tersebut telah surut,” katanya.

Sumber: KMN


Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post