Papar: Palang landasan tidak berfungsi dipercayai punca kereta api merempuh sebuah kereta di Kilometer 21.5, Jalan Perumahan Kampung Anak Kinarut di sini, semalam.
Bagaimanapun, pada kejadian 6.08 petang itu, pemandu Perodua Rusa iaitu lelaki berusia 42 tahun hanya cedera ringan dengan luka calar di kepala, manakala tiga penumpang tidak mengalami kecederaan.
ARTIKEL MENARIK:2 Lelaki Warga Bangladesh M4ut Terhidu Asap Kilang Terbakar
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, siasatan awal mendapati kereta api dari Stesen Kereta Api Sembulan menuju ke Beaufort.
Sebaik tiba di lokasi, Perodua Rusa itu tiba-tiba berhenti di atas laluan kereta api.
Katanya, pemandu kereta api kemudian membunyikan hon isyarat ketika menghampiri lokasi dan cuba menekan brek namun gagal, lalu melanggar kenderaan berkenaan.
“Pemandu kereta api dipercayai hanya menyedari kehadiran kereta dalam jarak kira-kira 20 meter, menyebabkan perlanggaran itu tidak dapat dielakkan.
“Dalam kereta itu, terdapat empat lelaki dan semuanya sempat keluar dari kenderaan sebelum perlanggaran.
“Pemandu itu cedera ketika cuba menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, ketika Perodua Rusa lalu di atas landasan kereta api itu, tiba-tiba enjin kenderaan mati, menyebabkan kenderaan tidak dapat bergerak.
Katanya, pemandu Perodua Rusa mengatakan tidak menyedari akan ada kereta api yang lalu di kawasan berkenaan kerana palang landasan tidak turun dan menutup laluan berkenaan.
Kamaruddin berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.
Sumber : HM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Seorang Anggota Polis M4ut Kena Rempuh Lori Semasa Tolong Kereta Rosak
GEORGE TOWN – Seorang anggota polis bantuan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) maut dirempuh sebuah lori ketika sedang membantu sebuah kereta yang rosak di Kilometer 11.6 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah, dari arah Batu Kawan di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Musyiri Bakar, 49, disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan parah.
Menurut kenyataan JKSB, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membantu salah sebuah kereta jenis Perodua Viva yang rosak di tepi jalan berkenaan.
“Sebuah lori lima tan dipercayai telah hilang kawalan dan melanggar kenderaan peronda jenis Toyota Hilux sehingga menyebabkan mangsa yang berada di hadapan tercampak ke lorong motosikal.
“Mangsa kemudiannya dilanggar pula sebuah motosikal yang turut melalui kawasan terbabit. Bagaimanapun, penunggang motosikal dilaporkan mengalami cedera ringan manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, jelas kenyataan itu lagi, pihak JKSB masih menunggu siasatan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.
Sumber : KMN
Kredit -KHALIFAH MEDIA NETWORKS.
Post a Comment