Penyanyi Faizal Tahir akui maklum tentang rungutan para peminatnya mengenai harga tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang didakwa terlalu ‘premium’.
Faiza berkata, dia juga terkejut apabila melihat harga tiket namun, urusan penjualan tiket di adalah di bawah bidang kuasa penganjur.
ARTIKEL MENARIK:Syamsul Yusof Terkejut Wartawan Tanya Akan Datang Tak Wedding Puteri Sarah Nanti?
Menurut Faizal lagi, dia tida boleh mengulas banyak mengenai perkara tersebut kerana ia di luar bidang kuasanya.
“Awal-awal pun saya terkejut. Saya pun macam ‘wow macam ni ke harga tiket konsert’…Tetapi untuk menetapkan harga, bukan kuasa saya.
“Saya tidak boleh komen banyak, tetapi seperti yang diberitahu oleh penganjur sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket.
“Harga tersebut juga ditetapkan mereka berdasarkan expectation mereka daripada saya.
“Ada yang minta saya untuk kurangkan harga tiket…Itu agak susahlah. Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak kerana ia bukan satu perkara yang saya boleh kawal dengan mudah,” katanya.
Faizal ditemui pada sidang media Aku Faizal Tahir Live in KL yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Dalam pada itu, Faizal mengakui sedikit tertekan apabila melihat harga tiket yang ditawarkan.
Namun dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.
“Mungkin ini sedikit sebanyak salah saya juga kerana tidak ambil pusing sangat berkenaan harga tiket yang ditawarkan kepada penonton.
“Sejujurnya ia memberikan sedikit tekanan buat saya apabila melihat harga tiket seperti itu. Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi,” ujarnya.
Faizal bagaimanpun mengakui sedikit kecewa apabila harga tiket itu dipersoal sedangkan peminat sanggup membayar lebih untuk menonton persembahan artis luar negara.
“Ini satu persoalan yang bagus untuk masyarakat kita lihat sendiri. Boleh saja kalau saya nak cakap fasal isu ini tetapi saya bukan jenis seperti itu.
“Tak kisahlah harga artis dari Barat, Korea, Jepun atau Indonesia, peminat sanggup bayar mahal tetapi kalau artis kita mereka persoalkan.
“Saya rasa dengan pengalaman 17 tahun menyanyi, Alhamdulillah saya sudah dapat menghasilkan karya yang cukup baik untuk dihargai peminat bagi membayar harga sebanyak itu,” katanya.
Malah sebagai tanda kasih buat semua pihak yang mendukung perjalanan karier Faizal selama ini, beliau merakamkan semula lagu Sampai Syurga yang akan menjadi hadiah atau momen paling berharga untuk didengarkan pada malam konsert.
“Besar harapan saya agar rakaman semula Sampai Syurga yang akan didendangkan nanti mampu mengimbau dan mengembalikan memori peminat untuk menghidupkan pengalaman konsert secara keseluruhan,” tambah Faizal lagi.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila peminat mempersoalkan harga tiket konsert Aku Faizal Tahir Live In KL dijual dengan harga yang mahal.
Konsert perdana, Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Allianz Malaysia Berhad bakal dilaksanakan pada 2 September ini, di Dewan Merdeka, World Trade Centre pukul 8.30 malam.
Tiket-tiket berharga RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP) boleh dibeli menerusi www.jiotix.asia atau hubungi hotline: 011-5100 3111 (kiriman WhatsApp sahaja). – BOOM!
Kredit -
Post a Comment