Sebentar tadi kemelut rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah akhirnya berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Selepas jer pengesahan lafaz cerai, Syamsul kemudiannya ditemu bual oleh wartawan yang berada di sana dan mengatakan keputusan untuk mengakhiri segala persengketaan di antara mereka berdua demi anak-anak.
ARTIKEL MENARIK:Akhirnya temui noktah! Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai talak satu
Kalau berpisah dengan tak baik pun, tak ke mana jugak. Akan beri kesan masa depan anak-anak. Jadi, (ini) pengakhiran yang baik lah.
Ketika ditanya tentang hubungannya dengan Sarah selepas ini Syamsul berkata sudah tentu mereka akan kekal berkawan serta mendoakan bekas isteri bertemu dengan jodoh yang baik.
Dalam pada itu, salah seorang wartawan sempat bertanya sama ada dia akan hadir ke perkahwinan Sarah sekiranya ia akan berlaku di masa akan datang.
Syamsul akan datang lah (majlis kahwin Sarah)?
Pengarah The OG tersebut dan Sarah terkejut dengan soalan tersebut dan tertawa sebelum berkata dia langsung tidak terfikir lagi ke arah itu.
Sementara itu, Sarah juga berkata dia berharap agar tiada lagi persengketaan yang akan berlaku lagi selepas ini di antara mereka berdua.
Hak penjagaan anak-anak diberikan kepada aktres itu namun menegaskan Syamsul tidak akan dihadkan untuk bertemu Syaikhul dan Sumayyah.
Syamsul telah melafazkan cerai talak satu pada jam 12.25 tengahari tadi di hadapan hakim selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Kredit: Youtube Astro Awani
Kredit -Oh! Media.
Post a Comment