Cik B, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila pembantu rumah mereka melarikan diri dari rumah.
Menurut Cik B, pembantu rumah dikenali sebagai Watie itu lari semata-mata kerana mengikut seorang lelaki.
ARTIKEL MENARIK:Ramai Merungut Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Mohon Maaf – “Bukan Kuasa Saya Tentukan Harga…”
Kata Cik B lagi, Watie sanggup meninggalkan rumah mewah dan memanjat tembok yang tinggi yang dilengkapi dengan kawat berduri untuk pergi kepada lelaki tersebut.
Bagaimanapun kata Cik B, dia berharap agar lelaki tersebut menghargai usaha dan kepayahan bibik Watie itu.
“Bibik saya sanggup lari dari rumah mewah, rentasi dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi semata mata kerana lelaki, harap-harap dia appreciate effort bibik,” ciapnya menerusi laman sosial Twitter.
Sementara itu, DSV turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut kerana selama ini dia telah menjaga Watie dengan baik.
“Selama ini aku jaga kau dengan baik, apa yang kau nak aku belikan. Aku bagi kau handphone sebab takut kau boring, tapi akhirnya jadi ‘penyakit’ (bala).
“Aku selalu nasihatkan kau supaya jangan terpengaruh dengan lelaki. Kamu ada duit. Kamu akan ditipu oleh lelaki. Baru kenal, kamu dah ikut lelaki tu. Sanggup lari terjun pagar,” kata DSV dalam nada marah.
Selain Watie, seorang lagi pembantu rumah turut lari bersama. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment