Usahawan, Watie Hanifiah tidak melenting apabila sering dikecam sejak hubungannya dengan Shuib didedahkan kepada umum.
Malah kata Watie, dia tidak pernah mengendahkan komen-komen negatif netizen, termasuk yang membandingkan dirinya dengan isteri Shuib, Allahyarham Siti Sarah.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Akan Buat Pengesahan Mengenai Hubungan Dengan Athirah Lepas Bercerai” – Hafidz Roshdi
Watie berkata, apa yang penting adalah kehidupan bersama Shuib dan anak-anak, bukan pandangan daripada orang luar.
“Saya baca juga komen netizen tetapi ia ibarat angin lalu sahaja, saya tak ambil hati.
Loading...
“Mengenai komen-komen yang membandingkan saya dengan Allahyarham, saya tidak ambil pusing.
“Keutamaan saya ialah mahu membina keluarga bersama Shuib dan anak-anak, pandangan dia (Shuib) saya pegang, pandangan orang luar tidak penting,” katanya.
Watie dan Shuib baru-baru ini tampil membuat pengumuman bakal berkahwin pada 23 Jun ini. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment