Dini, Janna Teruja Mula Fasa Baharu Kehidupan – “Kami Memang Rancang Perkahwinan Privasi…”

Dini, Janna Teruja Mula Fasa Baharu Kehidupan – “Kami Memang Rancang Perkahwinan Privasi…”

Pasangan pelakon Dini Schatzmann dan Janna Nick akui teruja, dalam masa sama gementar untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu.

Dini, Janna Teruja Mula Fasa Baharu Kehidupan – “Kami Memang Rancang Perkahwinan Privasi…”



Dini, mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana sudah bergelar seoarang suami dan mengharapkan agar setiap langkah dia dan isteri melayari bahtera perkahwinan diberkati.

ARTIKEL MENARIK:Dibandingkan Dengan Allahyarham Siti Sarah, Watie Tak Ambil Hati – “Pandangan Orang Luar Tak Penting…”




“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.

“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.

“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujar Dini.

Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.



Loading...


“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.

Sementara itu, Dini berkata, mereka memilih lokasi berbulan madu di Koh Lipe, Thailand.

“Kami tidak sempat untuk merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.

“Tetapi kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami,” katanya.


Bercakap tentang kerjaya seni dan soal perancangan zuriat, Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.

“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” kongsinya.

Dini dan Janna selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pagi tadi (Sabtu). – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post