“Saya Akan Buat Pengesahan Mengenai Hubungan Dengan Athirah Lepas Bercerai” – Hafidz Roshdi

“Saya Akan Buat Pengesahan Mengenai Hubungan Dengan Athirah Lepas Bercerai” – Hafidz Roshdi

Pelakon Hafidz Roshdi berjanji akan membuat pengesahan berhubung status hubungan dan sebarang perancangan perkahwinan dengan wanita bernama Athirah Yuhada.

“Saya Akan Buat Pengesahan Mengenai Hubungan Dengan Athirah Lepas Bercerai” – Hafidz Roshdi



Bagaimanapun kata Hafidz, dia akan berbuat demikian selepas sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

ARTIKEL MENARIK:“Culture Shock Ke?” – Pakai Baju Ketat Nampak Perut, Alya Iman Dikecam Makin Seksi Lepas Freehair




“Insya-Allah saya akan buat pengesahan mengenai hubungan bersama Athirah.

“Namun, saya akan berbuat demikian selepas proses perceraian berakhir,” katanya.



Loading...


Ketika ditanya mengenai ingin meneruskan hubungan bersama Athirah ke peringkat seterusnya, Hafidz memilih mengunci mulut daripada mengulas mengenai perkara tersebut.

“Hal demikian saya tidak boleh maklumkan apa-apa lagi kerana masih bawah kes perbicaraan mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader turut menegaskan bahawa anak guamnya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kes mahkamah selesai.

“Sekarang kena selesaikan kedua-dua kes di luar mahkamah.

“Jadi, kami tidak mahu melakukan kenyataan pra-matang.


“Biar mahkamah putuskan sebarang keputusan dahulu, kemudian Hafidz akan buat
pengumuman,” ujar Akberdin.

Sebelum ini, Hafidz dilihat kerap menanda (tagged) Athirah dalam laman sosialnya. – BOOM!

Sumber: KOSMO! ONLINE


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post