Pengkelasan B40, M40, T20 Dihapuskan Secara Berperingkat Mulai Tahun Depan

Pengkelasan B40, M40, T20 Dihapuskan Secara Berperingkat Mulai Tahun Depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghapuskan pengkelasan B40, M40 dan T20 secara berperingkat mulai tahun depan.

Pengkelasan B40, M40, T20 Dihapuskan Secara Berperingkat Mulai Tahun Depan



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. berkata semua pihak bakal melihat peralihan daripada subsidi menyeluruh manakala pengkelasan B40, M40 dan T20 dihapuskan secara berperingkat mulai 2024.

ARTIKEL MENARIK:Tindakan serta-merta terhadap peniaga naikkan harga gula


“Beberapa inisiatif atau dasar dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah berbeza berbanding pendekatan pentadbiran terdahulu, termasuk perkara membabitkan bantuan atau subsidi.

“Kerajaan perlu memastikan semua infrastruktur sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis sebelum memutuskan berapa tahap pendapatan layak diberi bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Rafizi berkata, kerajaan cuba meminimumkan kesilapan pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengkelasan kategori gaji, namun ia perlu dijalankan secara berperingkat.

“Di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN), kita sudah mula bincang mengenai simulasi, siapa yang patut dapat apa, apakah pendekatan yang akan diberikan, adakah akan diberi penambahan nilai pendapatan dan sebagainya.


Loading...


“Kita akan melaksanakan satu demi satu bantuan sosial yang disepadu berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

“Ia mampu direalisasikan dengan kerjasama pelbagai agensi menerusi perkongsian dalam Pangkalan Data Utama (PADU), sekali gus memastikan keberkesanan pelaksanaan program subsidi kerajaan,” katanya.

Mei lalu, kerajaan mengumumkan akan mula melaksanakan peralihan dasar sosioekonomi daripada pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah, bermula Januari 2024.

BHonline-

Kredit -MYNEWSHUB.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post