“Amboi Matin, Cepat Ambil Peluang…”- ‘Hilang’ Ketika Sesi Bergambar, Gelagat Anak Shuib Cuit Hati Netizen

“Amboi Matin, Cepat Ambil Peluang…”- ‘Hilang’ Ketika Sesi Bergambar, Gelagat Anak Shuib Cuit Hati Netizen

Pada malam Selasa lalu, telah berlangsungnya majlis Malam Berinai Kecil bertemakan Arabian Night pasangan darah manis Watie Hanifiah dan Shuib.

“Amboi Matin, Cepat Ambil Peluang…”- ‘Hilang’ Ketika Sesi Bergambar, Gelagat Anak Shuib Cuit Hati Netizen



Pada malam yang sama, turut diadakan majlis khatam Al-Quran yang diadakan terlebih dahulu sebelum pasangan mempelai diinaikan.

ARTIKEL MENARIK:Noralbaniah Terkejut Dapat Tahu Anak Ditangkap Kerana Miliki dan Menggunakan Syabu




Majlis yang berlangsung meriah itu hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat Shuib dan Watie.

Justeru tidak hairanlah jika majlis tersebut mendapat perhatian ramai pihak, bermula dari barang yang kemas dipakai Watie sehinggalah majlis keraian yang berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)


Loading...


Tidak ketinggalan gelagat anak ketiga Shuib, Ariq Matin, 8, yang mencuri perhatian netizen apabila dia tiba-tiba ‘hilang’ ketika sesi fotografi keluarga sedang berlangsung.


Gelagat comel Matin sedang sakan menari dicelah-celah tetamu wanita berjaya dirakam salah seorang tetamu sebelum dikongsi, neneknya, MakDer, menerusi laman sosial TikTok.

“Ambil gambar dengan keluarga tapi Matin tak ada, cuba teka dia buat apa…” menurut info yang tertulis pada video.


Video tersebut setakat ini telah lebih 3 juta kali dan dihujani lebih 3 ribu komen daripada pengguna TikTok termasuk bapanya, Shuib.

“Adoi, Matin kenapalah awak ni kelakar sangat,” komen seorang pengikut MakDer.

Sementara itu MakDer pula sempat berseloroh dan membalas komen Shuib.

“Cepat dia ambil peluangnya…”, tulis MakDer.

Majlis Malam Berinai Kecil dan Khatam Al-Quran itu telah berlangsung di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur.

Shuib dan Watie yang mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu, bakal mengakhiri ikatan tersebut pada majlis akad nikah mereka 23 Jun ini. – BOOM!

Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post