Tiada Khabar Berita Tentang Konsert 4G’s; Tomok, Akim, Hazama & Black Buat Laporan Polis

Tiada Khabar Berita Tentang Konsert 4G’s; Tomok, Akim, Hazama & Black Buat Laporan Polis

Penyanyi Tomok, Hazama, Akim Ahmad dan Black Hanafiah membuat laporan polis terhadap penganjur susulan penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada April 2020.

Tiada Khabar Berita Tentang Konsert 4G’s; Tomok, Akim, Hazama & Black Buat Laporan Polis



Tomok berkata, tujuan laporan polis dibuat adalah untuk melindungi mereka daripada sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan.

ARTIKEL MENARIK:“Amboi Matin, Cepat Ambil Peluang…”- ‘Hilang’ Ketika Sesi Bergambar, Gelagat Anak Shuib Cuit Hati Netizen




Katanya lagi, sehingga hari ini mereka tidak tahu mengenai status konsert tersebut sama ada akan diteruskan atau dibatalkan.


Loading...


“Ramai pembeli tiket dah mula merungut sebab tak tahu status konsert ini. Pihak penganjur pun tidak memberi sebarang maklum balas atau perkembangan mengenainya.

“Konsert dibatalkan ke, diteruskan ke kita tak tahu. Kami buat laporan untuk membela diri daripada sebarang kemungkinan yang mendatang.

“Kepada pembeli-pembeli tiket, anda semua pun boleh buat laporan polis, di mana-mana balai berdekatan dan kami harap, perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kami sudah jalankan tanggungjawab kami. Jadi, kami harap, anda dapat jalankan tanggungjawab anda juga,” katanya.

Dalam video itu juga, Tomok memohon agar peminat mendoakan agar konsert mereka di masa akan datang, dapat berlangsung dengan lancar.


“Doakan konsert yang akan datang selepas ini. Kami takkan berputus asa. Akan ada konsert lagi daripada kami, Insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Konsert 4G’s sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur namun, ditangguh ke tarikh 11 dan 12 Disember, tahun sama.

Bagaimanapun, ia masih lagi tidak berlangsung seperti dijadualkan. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post