Satu perkongsian di Instagram Story dari adik Shila Amzah raih perhatian dari netizen.
Menulis Surat Terbuka
Semua sedia maklum, sebelum ini, Syada atau Nursyuhada Amir Amzah tampil menulis surat terbuka buat ND Lala selepas mendakwa tidak lagi mempunyai akses untuk berhubung dengan bapanya itu.
ARTIKEL MENARIK:Didakwa Suka Tayang Jub*r, Qistina Mahu Aqish Cerita Hal Sebenar – “Kalau Tak Nak Tak Apa…”
Kata Syada, dia dan adik-beradik yang lain terpaksa menerima hakikat bapanya itu memilih untuk pergi sekali lagi dan memilih orang lain berbanding terus bersama mereka sekeluarga.
Berkongsikan Gambar Sekeluarga
via Instagram Shila Amzah
Terbaru, dalam perkongsian di Instagram story, adik kepada Shila ada memuat naik foto mereka sekeluarga ketika majlis pertunangan Shila Amzah bersama Ubai.
Dalam gambar itu, kemunculan penyanyi Datuk ND Lala pada majlis pertunangan Shila Amzah menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melanda mereka sekeluarga sudah kembali pulih.
Bahkan gambar tersebut menunjukkan ibunya, Datin Fauziah Sarman tersenyum di dalam foto berkenaan.
Mengucapkan Tahniah
via Instagram Shila Amzah
Syada turut mengucapkan tahniah kepada Shila dan bakal abang iparnya iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli yang melangsungkan pertunangan pada Sabtu lepas.
Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment