Pelakon remaja, Qistina Raisah mengakui malu apabila disindir secara terbuka oleh aktres, Puteri Balqis atau Aqish baru-baru ini menerusi perkongsian di Insta Story.
Qistina berkata, dia terkejut apabila timbul dakwaan kononnya wujud perselisihan faham dengan Puteri Balqis.
ARTIKEL MENARIK:Siti Bainun Minta Tangguh Hukuman Dari Penjara, Alasan Yang Dia Beri Lain Dari Yang Lain
Menurut Qistina, dia tidak pernah ada sebarang masalah dengan Balqis serta berharap aktres itu menceritakan perkara sebenar dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya sangat terkejut (kenyataan Puteri Balqis) sebab sebelum ini saya tak pernah langsung ada masalah dengan dia. Saya mahu Balqis cakap ini semua salah faham dan jelaskan secara terbuka kerana ia memalukan sehingga ramai orang memfitnah saya.
“Kalau boleh saya tak mahu isu ini berpanjangan sebab selepas ini kami mungkin akan berjumpa…tapi kalau tak mahu tak apa,” katanya.
Dalam pada itu, Qistina mengakui tidak pernah menang mana-mana anugerah dan jika benar ianya ditujukan kepadanya, dia tidak sangka Balqis sanggup mengeluarkan kata-kata hinaan sebegitu.
“Jika benar apa yang diperkatakan itu adalah saya… tidak sangka begitu sekali dia merendahkan dan menghina saya.
“Saya memang tidak pernah menang anugerah, tapi sebagai orang yang turut sama dalam industri harapnya dia faham keadaan saya,”ujarnya
Sementara itu, Qistina menjelaskan berlaku perletingkahan antara dia dengan salah seorang sahabatnya, namun ada pengikutnya yang salah faham bahawa mesej ditulisnya itu ditujukan kepada Balqis.
“Benar saya ada gaduh dengan seorang rakan. tapi individu tersebut bukanlah Puteri Balqis. Siapa tahu, tahulah! Tapi kami sudah bermaafan, dah selesai. Tapi pelik pula tiba-tiba Puteri Balqis ingat saya tujukan kepadanya,” katanya.
Sebelum ini, Aqish meluahkan meluahkan rasa bengang terhadap seorang pelakon namun tidak didedahkan namanya. Balqis berkata pelakon tersebut didakwa mempunyai sikap suka memerli individu lain tanpa sebab termasuk dirinya.
Malah, dia turut menyindir pelakon tersebut yang sering membuat konten menunjukkan bahagian tubuhnya, namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah. – BOOM!
Kredit - Boom! Malaysia.
Post a Comment