Pelakon cilik Puteri Balqis baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan menyelar seorang pelakon berusia 14 tahun yang dikatakan berperangai menjengkelkan.
Puteri Balqis atau lebih popular dengan panggilan Aqish mendakwa dia telah disindir individu berkenaan. Individu berkenaan juga didakwa membandingkan kecantikan dengan dirinya membuatkan Aqish mempersoalkan adakah individu itu pernah menang anugerah dalam lakonan.
ARTIKEL MENARIK:Tersenyum Bersama Keluarga, ND Lala Hadir Ke Majlis Pertunangan Shila Amzah
Walaupun tak menyebut nama, ramai netizen mula mengesyaki individu yang dimaksudkan adalah Qistina Raisah. Netizen mula meninggalkan komen di media sosial Qistina memohon penjelasan.
Menerusi laporan mStar, Qistina menafikan dakwaan mempunyai masalah dengan pelakon itu. Dia juga menafikan menyindir Aqish terlebih dahulu.
@mstarmalaysiaPart 1 – Qistina Raisah malu kena sindir, minta Puteri Balqis cerita perkara sebenar! #SembangEntertainment #QistinaRaisah #mStar
Jelas Qistina, ibunya ada menghubungi ibu Puteri Balqis bertanyakan mengenai hal itu tetapi mereka hanya diam tanpa sebarang respon.
Menurut Qistina lagi, dia terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Aqish. Walaupun namanya tak disebut, netizen mula menyerang dirinya dan Aqish hanya diam seolah-olah mengiyakan khabar angin tercetus.
@mstarmalaysiaPart 2 – Qistina Raisah malu kena sindir, minta Puteri Balqis cerita perkara sebenar! SembangEntertainment QistinaRaisah mStar
Pelakon ini mengakui Puteri Balqis adalah idolanya dalam lakonan tapi dia tak sangka serendah itu Puteri Balqis memandangnya hanya kerana dia tak pernah terima anugerah.
Saya tak sangka dia pandang saya macam tu, memang tak ada perli-perli. Gaduh tu dengan orang lain, dengan Aqish langsung tak terlintas.
Tidak mahu isu yang terjadi berpanjangan, Qis meminta agar pelakon remaja berumur 16 tahun perjelaskan hal sebenar secara terbuka dan memberitahu kepada umum bahawa semua yang berlaku adalah salah faham.
Kredit: mStar
Kredit -
Post a Comment