“Tak Buat Homework Ke?” – Pembaca Berita Kena Sembur Dgn Datuk Hattan Masa ‘Live’. Rupanya Ini Yg Wartawan Tu Cakap

“Tak Buat Homework Ke?” – Pembaca Berita Kena Sembur Dgn Datuk Hattan Masa ‘Live’. Rupanya Ini Yg Wartawan Tu Cakap

Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang berbakat iaitu vokalis kumpulan XPDC, Mael yang meninggal dunia di Hospital Muar malam tadi. Pemergian bintang itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Sharifah Irfatasha.

“Tak Buat Homework Ke?” – Pembaca Berita Kena Sembur Dgn Datuk Hattan Masa ‘Live’. Rupanya Ini Yg Wartawan Tu Cakap



Di TikTok, tular pula rakaman video memaparkan segmen mengenang pemergian Mael XPDC di Astro Awani Berita 501.

ARTIKEL MENARIK:Datin Patimah dedah bertahun Puteri Sarah menunggu kepulangan suami


Datuk Hattan tegur tak buat ‘homework’

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila penyanyi Datuk Hattan selaku tetamu di talian menegur pembaca berita yang dikatakan tak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan.

Dalam rakaman kedengaran pembaca berita meminta pandangan Datuk Hattan mengenai lirik-lirik lagu kumpulan XPDC yang diketahui makan dalam.

Namun, Datuk Hattan bertanyakan kembali sama ada pembaca berita tahu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Dengan nada serius, penyanyi lagu Mahligai Syahdu ini bertanya sama ada dia membuat ‘ulang kaji’ sebelum bercakap mengenai kumpulan lagenda itu.

Tak cukup di situ, Datuk Hattan seolah-olah berasa kecewa apabila pembaca berita itu salah meneka penulis lirik dan meminta orang yang betul-betul tahu untuk menemubualnya.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa tak setuju dengan cara Datuk Hattan yang dirasakan telah memalukan wanita itu secara terbuka.


Netizen turut memuji pembaca berita yang ‘steady’ tetap meneruskan kerja sehingga habis meskipun temubual tak berjalan lancar.


Loading...


Rakan artis terkejut pemergian Mael XPDC… “Malam raya dia happy, sempat mesej”

Rakan artis turut terkejut menerima berita pemergian Allahyarham Mael XPDC, antara yang hadir semasa pengebumian ialah Amy XPDC dan Joe Wings.

Bersungguh mohon maaf petanda Mael XPDC pergi selamanya

MUAR: Berita pemergian vokalis kumpulan XPDC, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC malam tadi mengejutkan keluarga terdekatnya.

Menurut anak saudaranya, Norashikin Abdullah, 44, kali terakhir dia bertemu Allahyarham beberapa hari lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Dia bersungguh-sungguh meminta maaf pada ahli-ahli keluarga raya kali ini.

“Keadaan fizikalnya sedikit susut namun masih ceria bertemu serta menyapa sanak-saudara.

“Kami tidak menyangka ucapan maaf tempoh hari menjadi petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Karakter Allahyarham yang sangat tenang pastinya memberi kesan mendalam kepada seluruh ahl keluarga dan sahabat handai.

Difahamkan Allahyarham amat menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya sejak kecil lagi.

Sementara itu, kaum keluarga serta rakan selebriti Allahyarham yang ditemui turut mengakui terkejut dengan berita pemergian lagenda rock tanah air itu.

Antara rakan artis yang dilihat hadir termasuk ahli kumpulan XPDC, Crossfire serta Joe Wings.

“Damailah di tempat baharumu ini sahabatku. Terima kasih atas segala kenangan yang kita kongsi bersama selama ini.

“Gua juga akan menyusul lu bila time gua sampai nanti. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fu’anhu Syed Ismail Syed Ibrahim @ Mael XPDC, 7 Mac 1967-27 April 2023,” kongsi Joe Wings.

Jenazah Mael XPDC selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, pukul 10.55 pagi tadi dan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, sanak-saudara, rakan artis, peminat serta penduduk setempat. – UTUSAN


JOE WINGS menabur bunga di atas pusara Mael XPDC di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar.

Kredit: TikTok salimey1


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post