Berita kehilangan bintang berbakat vokalis kumpulan XPDC, Mael yang meninggal dunia telah disahkan oleh anaknya membuatkan ramai peminat turut bersedih.
Sejak semalam, tindakan Dato Hattan yang menegur seorang pembaca berita Astro Awani saat ditemubual tentang pemergian Mael XPDC telah mengundang rasa kurang senang netizen. Sedang bersiaran live di kaca televisyen, netizen berpendapat situasi sebegitu sedikit sebanyak mencalarkan air muka petugas media tersebut.
ARTIKEL MENARIK:“Tak Buat Homework Ke?” – Pembaca Berita Kena Sembur Dgn Datuk Hattan Masa ‘Live’. Rupanya Ini Yg Wartawan Tu Cakap
Awak tahu ke tak dia punya sejarah ni? Apalah, you tak buat homework ke nak tanya pasal Mael?
Apalagi, nada suara yang digunakan oleh penyanyi lagu ‘Rembau Most Wanted’ ini kedengaran agak sinis. Pun begitu, pemberita wanita itu masih kekal profesional dan meneruskan pertanyaan seperti biasa sebelum panggilan itu tiba-tiba diputuskan oleh Dato Hattan.
Konsep berita ni nak jawapan pantas, bukan untuk you berbicara…Bukan begitu
Bukan sahaja netizen, bahkan penggiat industri seni turut memberikan pendapat masing-masing dan menyatakan rasa kurang setuju dengan sikap Dato Hattan. Dalam sebuah perbincangan yang dibuat oleh Zed Zaidi serta rakan media lain, seorang penyampai radio berkata sepatutnya perbualan diteruskan seperti biasa meskipun ada masalah terjadi. Format berita TV adalah tanya dan jawab terus, bukannya perlu berbicara panjang.
Aduh tak pasal pasal kena dengan dato hattan. Tapi sebenarnya tak patut pun dia buat macam tu masa live pic.twitter.com/Y28z1n2CHY
— Fad Manaf (@fadmnf) April 28, 2023
You tak rasa ke you buat macam ni, musnahkan karier dia? Dato fikir tak?
Isu ini turut menghangat di aplikasi Twitter membuatkan seorang wartawan tampil berkongsikan perspektifnya. Hakikatnya untuk bertugas di hadapan kamera bukanlah benda senang.
Tambahan pula, mereka perlu melalui fasa tapisan yang banyak sebelum terpilih menjadi ‘muka depan’ siaran berita.
Pendapat yang ditulis oleh pengguna Twitter Yon, seorang petugas media
Jenazah Mael XPDC selamat dikebumi di Muar
MUAR – Jenazah Allahyarham Mael XPDC, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, di sini, pada pagi Jumaat.
Pemain bass XPDC, Zuar atau nama sebenarnya, Azuar Md Tasi, 54, berkongsi sebelum ini jenazah Allahyarham berada di kediaman anaknya di Jalan Sungai Abong, Muar.
“Alhamdulillah jenazah Allahyarham Mael selamat dikebumikan sekitar pukul 11.10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.
Antara yang hadir termasuklah anggota XPDC dan bekas gitaris kumpulan Wings, Joe Branko.
Kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, peminat serta penduduk setempat memenuhi pekarangan tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Allahyarham Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam, Khamis
Berita pemergian disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.
Jenazah Allahyarham Mael selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar pada Jumaat.
“Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis. 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar,” katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.
Pemergian Allahyarham Mael mengejutkan seluruh industri hiburan serta pemimpin negara yang turut mengutus salam takziah buat keluarga penyanyi tersohor itu.
Antara yang mengucapkan takziah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata bahawa Mael sebagai antara nama besar dalam lapangan seni tanah air dan khabar duka itu pasti akan meninggalkan dampak dalam industri muzik rock tempatan.
Turut berkongsi rasa duka dengan pemergian Mael ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Kredit : TikTok Viral Malaysia Official & Twitter Fad Manaf, Yon
Kredit -Trending Sangat
Post a Comment