Datin Patimah dedah bertahun Puteri Sarah menunggu kepulangan suami

Datin Patimah dedah bertahun Puteri Sarah menunggu kepulangan suami

Kuala Lumpur: Ibu pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail berkongsi hantaran sayu kisah kesetiaan menantunya Puteri Sarah Liyana sepanjang bergelar isteri kepada anaknya.

Datin Patimah dedah bertahun Puteri Sarah menunggu kepulangan suami



Menerusi luahan ringkas di Instagram Story itu, Patimah memahami keputusan Puteri Sarah (PS) yang ingin berundur dan dilepaskan daripada perkahwinan mereka.

ARTIKEL MENARIK:Walaupun Cuba Sorok Tapi Netizen Perasan Kelibat Syamsul Yusof Di Rumah Keluarga Ira Kazar


“Bertahun PS menunggu kepulangan suami, malah boleh tunggu lebih lama, namun bila suami memilih wanita lain, dia pasti mengundur diri,” tulisnya.


Nukilan ringkas terbabit turut disertakan dengan dendangan lagu Kepada Hati yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Cakra Khan.



Loading...


Proses perceraian antara Syamsul dan Puteri Sarah masih tergantung selepas pengarah itu tidak jadi melafazkan cerai seperti dijanjikan pada 18 April lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Ia tidak berjaya dilakukan apabila kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara.

Syamsul dalam kenyataannya berkata Puteri Sarah meminta satu amaun yang cukup besar selain memintanya menarik balik permohonan nusyuz mengatakan Puteri Sarah ada hubungan dengan suami orang.


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post