“Dia tidak bertemu dan bersalam. Mungkin dia tak nampak dan mungkin dia tak perasan. Saya pun tak pastilah.”
Demikian kata pelakon, Farid Kamil ketika ditanya mengenai reaksi isterinya, Diana Danielle apabila melihat kedua-dua ibu bapanya hadir ke mahkamah di sesi prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka, hari ini.
ARTIKEL MENARIK:Ifa Raziah Mohon Maaf Ekoran Tersebar Video Tidak Sopan Di Ekspo Jualan Starvendors Melaka
Farid berkata, ibu bapanya juga mungkin tak perasan kehadiran isteri itu memandangkan ramai yang memakai baju dengan warna sama ketika dalam mahkamah.
“Saya rasa, mereka tak perasan mana satu Diana sebab semua yang hadir berbaju hitam. Dia keluar pun tidak ikut pintu utama,” katanya.
Berkongsi mengenai kehadiran ibu bapanya, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah, Farid berkata, kehadiran mereka dari Kedah membawa bersama sokongan dan doa untuk rumah tangganya.
“Ini kali pertama mereka hadir ke mahkamah dan berikan sokongan. Mereka beri sokongan dan doa agar perkahwinan ini mendapat keputusan yang terbaik dari mahkamah nanti.
“Ibu bapa yang sentiasa menyokong anak mereka walau dalam apa keadaan sekalipun. Hari ini, kedatangan mereka jauh dari Kedah untuk bersama-sama melihat situasi perkembangan terkini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini gagal dan menemui jalan buntu kerana Farid Kamil enggan melafazkan talak walaupun selepas diminta oleh mahkamah. – BOOM!
Sumber: HARIAN METRO
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment