Penganjur ekspo Starvendors mengakui pihaknya dihubungi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam mengenai tarian yang disifatkan tidak sopan dalam konsert penutup di Foodstival Melaka 2023 baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Starvendors, Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, insiden tersebut sebenarnya tidak disengajakan.
ARTIKEL MENARIK:“Maaf, Saya Bukan Lagi Duda Pilihan Anda!” – Sedondon Berbaju Biru, Sharnaaz Ahmad Tunang?
“Kejadian tersebut berlaku di belakang pengetahuan pihak Starvendors. Segala gerak tari dibuat pelaku di atas pentas adalah di luar kawalan kami.
Loading...
“Untuk pengetahuan semua, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami. Oleh itu, dengan rasa rendah diri, kami memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya atas kekhilafan yang berlaku.
“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya terhadap aduan ini dan komited untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi di masa hadapan.
“Kami sangat berterima kasih atas teguran yang diberikan kepada kami. Sesungguhnya kami amat menyesali perkara yang telah berlaku,” jelas Ifa memetik kenyataan akhbar diedarkan hari ini. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment