Selepas tular videonya berpegangan tangan dan berpelukan dengan aktres cantik Tiz Zaqyah, pelakon Keith Foo tampil memberikan penjelasan.
Keith Foo ketika diminta mengulas mengenai spekulasi tersebut memberitahu, hubungannya dengan Tiz hanyalah sekadar teman rapat dan tiada istilah cinta seperti tanggapan ramai.
ARTIKEL MENARIK:“Mungkin Tak Perasan, Sebab Tu Diana Tak Jumpa Dan Salam Ibu Bapa Saya” – Ulas Farid Kamil
Keith Foo.
“Tak perlulah saya komen fasal hal itu. Tiada ada pun yang istimewa. Kami memang rapat sejak dari dulu lagi.
Akaun milik satu jenama produk kecantikan itu turut memuat naik foto Keith bersama Tiz dengan kapsyen tanda hati.
Menyedari perkara itu akan menjadi bualan peminat, Keith menjelaskan Tiz merupakan rakan niaga dan mereka saling menyokong antara satu sama lain.
@boom.malaysia Betul ke ni? Tapi dua-dua pun single kan #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #news #viral #trending #fyp #berpelukan #pegangtangan #keithfoo #tizzaqyah ♬ original sound – Boom! Malaysia
“Saya tahu orang akan bercakap tentang hal itu… tapi saya tak perlu ambil pusing atau memberi respons. Saya juga tidak membaca komen di media sosial.
“Ia sekadar hubungan dalam perniagaan dan kami saling menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.
Ditanya status terkini hubungannya, aktor ini hanya memohon orang ramai mendoakan agar dia dipertemukan dengan seseorang.
“Doakan yang baik-baik,” jawabnya ringkas.
Keith sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia enam tahun. – BOOM!
Sumber: mStar ONLINE
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment