Baru-baru ini, pelawak Shuk Sahar telah berkongsi momennya meluangkan masa bersama anak-anak ketika pulang ke kampung halaman Rossa Sera di Sabah.
Namun, lebih membuatkan netizen sebak apabila anak bongsunya, Aimi meronta-ronta menangis enggan berpisah dengan bapanya.
ARTIKEL MENARIK:Namun, lebih membuatkan netizen sebak apabila anak bongsunya, Aimi meronta-ronta menangis enggan berpisah dengan bapanya.
Tambah sendu tatkala mendengar Aimi meluahkan hasrat mahu bermanja dengan bapanya bagi melepas kerinduan.
“Tapi adik nak tidur dengan ayah… adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” kata anaknya.
Menerusi video itu, Shuk turut membawa anak-anaknya berjalan di sekitar Sabah untuk memujuk mereka sebelum berpisah.
Bagaimanapun, anaknya tetap menangis di dalam kereta apabila sedar bapanya itu akan meninggalkannya untuk pulang ke Semenanjung.
Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat kanak-kanak itu terpaksa berpisah dengan bapa mereka kerana pasangan itu tidak lagi bergelar suami isteri.
Terdahulu, Shuk disahkan bercerai talak satu dengan Rossa Sera, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
Untuk rekod, Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.
Difahamkan, anak-anaknya kini tinggal bersama bekas isterinya di Sabah. – BOOM!
Kredit - Boom! Malaysia.
Post a Comment