Puji ‘Melambung’ Farid Kamil Suami & Bapa Yang Baik, Netizen Bidas Komen Ellie Suriati – “Tak Sebantal Bolehlah Cakap”

Puji ‘Melambung’ Farid Kamil Suami & Bapa Yang Baik, Netizen Bidas Komen Ellie Suriati – “Tak Sebantal Bolehlah Cakap”

Ketika ini, hangat menjadi bualan di media sosial tentang sikap panas baran pelakon dan pengarah Farid Kamil sehingga dia melakukan penderaan emosi terhadap anak perempuannya.

Puji ‘Melambung’ Farid Kamil Suami & Bapa Yang Baik, Netizen Bidas Komen Ellie Suriati – “Tak Sebantal Bolehlah Cakap”



Itulah yang didakwa isterinya, Diana Danielle yang berkata Farid telah menengking, mengurung dan membiarkan Aurora tidur di atas lantai dengan alasan mahu ‘mengajar’ kanak-kanak itu.

ARTIKEL MENARIK:Isteri ND Lala Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Failkan Cerai?


Dalam pada itu, Farid sempat memuat naik hantaran di Instagram peribadinya mempamerkan gambar-gambar dia bersama Aurora berserta caption,

Nur Aurora Robe’ah … l love u my grapeApplePie.”

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan respon netizen berkaitan masalah rumah tangga pasangan tersebut serta sikap panas baran Farid.

Pelakon Ellie Suriati turut tidak melepaskan peluang memberikan komennya tentang pengarah Remp-it 2 itu di mana dia memujinya seorang suami dan bapa yang baik.

Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat2 kasihkan anak – anaknya Che Mat dan Aurora…. Farid Kamil kuat berpegang Pada Tali ALLAH SWT….. Pasti Ada Hikmah ALLAH SWT untuk Farid Kamil.”



Loading...


Komen aktres itu bagaimanapun mengundang respon sinis daripada sesetengah individu yang tidak sependapat dengannya tentang Farid.

Mereka turut menyebut tentang kisah Farid yang didapati mengambil bahan terlarang sebelum ini selain turut meminta Ellie untuk membaca cerita daripada pihak Diana juga.

Jangan dengar Farid je. Penagih dadah memang perangai macam tu…

 

Baik apa, abuse (emosi) anak.”

Sementara itu, ramai meninggalkan pelbagai komen dan pendapat masing-masing di mana ada yang berpihak kepadanya namun rata-ratanya mengkritik Farid serta menyokong Diana.


Kredit - Instagram / beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post