Isteri ND Lala Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Failkan Cerai?

Isteri ND Lala Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Failkan Cerai?

Isteri kepada pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, hari ini untuk memfailkan perceraian.

Isteri ND Lala Hadir Ke Mahkamah Syariah Untuk Failkan Cerai?



Menurut laporan Harian Metro, Fauziah mengakui dia tidak mengetahui bila suaminya telah bernikah lagi bersama wanita yang dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani.

ARTIKEL MENARIK:(FOTO) “Penyondol..” – Isteri ND Lala Dedah Wajah Wanita Di Instagram, Kapsyen Ringkas Berbaur Perosak Rumah Tangga



Bukan itu sahaja, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut meminta pihak media untuk bertanyakan sendiri kepada suaminya.

Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengapa dia memuat naik hantaran gambar wanita berkenaan di laman Instagram, Fauziah sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat demikian.



Loading...


Entahlah, tak boleh nak cakap.

Sebelum ini, Fauziah bersama adik perempuannya telah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Adik perempuan yang dikenali sebagai Effi memaklumkan permohonan cerai itu merupakan keputusan yang sukar buat kakaknya.

Menurut Effi, kakaknya masih sayangkan rumah tangga memandangkan usia perkahwinan mereka sudah hampir 34 tahun.

Kakak saya pun sebenarnya berat nak buat keputusan macam ini. Tapi, itulah hati perempuan kan.


Kredit - HarianMetro



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post