Perkongsian daripada Shafa Nizam tentang seorang ibu warga emas di sebuah pusat jagaan meraih perhatian dan mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen selepas ia tular di Facebook.
Ceritanya, ibu berkenaan sangat teruja selepas dimaklumkan bahawa anaknya mengajak untuk berbuka bersama, apatah lagi sudah dua tahun mereka tidak bersua.
ARTIKEL MENARIK:'Wajah mereka bersih, tiada kesan terbakar' - Empat beradik maut dalam kebakaran dikebumikan dalam satu liang lahad
Si anak kemudian berjanji untuk datang menjemput ibunya di rumah orang-orang tua dan dek kerana rasa teruja itu, warga emas terbabit bersiap seawal jam 5 pagi.
Seorang doktor di pusat jagaan itu malah sempat menegur ibu itu yang terlalu awal bersiap sedangkan anaknya akan tiba jam 5 petang. Tahu apa yang dikatanya?
Tak apa saya taknak anak-anak saya susah tunggu saya.”
Namun, dalam perasaan gembira bercampur teruja itu anaknya tidak kunjung tiba sehinggalah selepas waktu berbuka.
Kerana kecewa, dia langsung tidak menjamah juadah walaupun sebutir nasi sebaliknya dia terus ke bilik dan tidur. Namun, menyedihkan apabila keesokan pagi ketika dikejut oleh doktor, dia telah pun meninggal dunia.
Doktor cakap makcik tu meninggal dalam keadaan dia tertekan.”
Hantaran tersebut mengundang rasa sedih ramai warganet yang membaca kisah tersebut dan menasihati orang lain untuk tidak berbuat sebegitu kepada ibu masing-masing.
Ada yang mengkritik si anak warga emas itu kerana tergamak membuat ibu yang teruja untuk berjumpanya berasa kecewa dan berkata sudah tentu dia akan menyesal sampai bila-bila.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment