Ramadan tiba… Ramadan tiba… Ramadan tiba, marhaban ya Ramadan. Pejam celik, pejam celik, tiba lagi bulan yang mulia Ramadan yang ditunggu-tunggu. Seharian menahan lapar dan dahaga, bila nak sampai berbuka, mesti kadang-kadang tak ada idea kan nak makan apa?
Bulan ini bukan hanya soal puasa sahaja, tapi lebih bermakna dari itu. Apatah lagi apabila melibatkan makanan yang disediakan bersama keluarga tersayang. Bukan soal makanan tu je, tapi detik-detik yang dikongsi bersama mereka ketika menyediakan dan menikmatinya ketika berbuka.
ARTIKEL MENARIK:Patutlah Viral, Sedap Rupanya! Jejari Roti Bersalut Tepung Guna Dua Bahan Je Untuk Minum Petang
Nak mudah tapi sedap untuk makan ketika berbuka atau sahur, tak lain tak bukan mestilah kena ada stok Kawan Food di rumah. Jom kami kongsikan 2 produk dari Kawan Food yang paling recommended untuk sekeluarga.
Kawan Paratha
Loading...
Produk dari Kawan Food yang tak perlu diperkenalkan lagi, sampai ke mat salleh pun suka paratha sekarang tau. Sebabnya selain sedap dimakan dengan kari gulai atau bermacam lagi lauk berkuah, korang juga boleh makan ikut citarasa sendiri.
Boleh buat paratha wrap atau pilih paratha dengan perisa seperti cili dan bawang, bawang putih dan aloo paratha berinti kegemaran ramai. Mode diet dan jaga badan? Jangan risau sebab ada Wholemeal dan Flakey paratha. Semua pun ada untuk dipilih ikut selera masing-masing.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment