Berkongsi kisah penghijrahan imejnya yang kini mengenakan hijab, penyanyi veteran, Salamiah Hassan memberitahu, keputusan itu dibuat atas dorongan arwah suami.
Ceritanya, arwah suami iaitu Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry pernah menyarankan supaya bertudung selepas melihat Salamiah kerap mewarnakan rambut untuk menutup uban.
ARTIKEL MENARIK:Da’i Syed Bebas Tuduhan Rogol – “Tiga Tahun Saya Berjuang Demi Bersihkan Nama, Maruah…”
Salamiah bersama anaknya, penyayi Atilia Haron.
“Alasan diberi, ia ibarat serampang dua mata kerana selain tidak perlu terlalu kerap mewarnakan rambut, ia sekali gus dapat menutup aurat.
“Pada mulanya, saya agak skeptikal dan buat endah kata-katanya, namun selepas pemergiannya, barulah saya sedar akan kebenaran kata-katanya.
“Dengan pesanan ditinggalkan, ditambah perasaan sudah bersedia untuk berhijab, jadi saya lakukannya tanpa perlu ada rasa ragu-ragu,” katanya.
Tambah Salamiah, dia tidak pernah kesal melakukan penghijrahan, walaupun ia memang keputusan ikhlas dari hati, apatah lagi, sudah berusia 72 tahun.
“Tiada guna berubah awal, namun akhirnya gagal untuk istiqamah hanya kerana belum bersedia sepenuhnya,” ungkapnya.
Salamiah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Liverpool itu pada 1 September tahun lalu dalam satu majlis sederhana di Burnie, Tasmania.
Baru sahaja menerima anugerah dari The BrandLaureate sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang seni. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment