Da’i Syed Bebas Tuduhan Rogol – “Tiga Tahun Saya Berjuang Demi Bersihkan Nama, Maruah…”

Da’i Syed Bebas Tuduhan Rogol – “Tiga Tahun Saya Berjuang Demi Bersihkan Nama, Maruah…”

Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin, daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu.

Da’i Syed Bebas Tuduhan Rogol – “Tiga Tahun Saya Berjuang Demi Bersihkan Nama, Maruah…”



Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan.

ARTIKEL MENARIK:Ibu Syamsul Yusof Luah Rasa Sedih – “Sedar Tak Kamu Dosa Buatkan Air Mata Ibu Mengalir?”




Syed menerusi laman sosial Instagram (IG) turut mengucapkan rasa syukur di atas keputusan tersebut.

“Setelah 3 tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah dan keluarga saya. Hari ini tepat 19 Ramadhan, saya dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah
Alam.



Loading...


“Saya kongsikan moment titik terendah saya ketika dalam tahanan dan video call bersama mama.

“Benarlah ‘Air hujan yg jernih turun dari awan yang gelap,” katanya.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.

Syed Amirul turut mengesahkan anak guamnya kini bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post