Babak Kejar Kereta Pak Ehsan Undang Sebak, Rupa-rupanya Adi Dan Yeye Adik-beradik Betul!

Babak Kejar Kereta Pak Ehsan Undang Sebak, Rupa-rupanya Adi Dan Yeye Adik-beradik Betul!

Setelah bersiaran sebanyak 13 episod, siri Jaga Aku Selamanya akhirnya melabuhkan tirai dengan penamat yang cukup menyentuh hati.

Babak Kejar Kereta Pak Ehsan Undang Sebak, Rupa-rupanya Adi Dan Yeye Adik-beradik Betul!



Selepas bertahun-tahun meringkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya, Maya lakonan Nadiya Nisaa kembali disatukan dengan anak-anaknya di pusara arwah suami iaitu Azhar dilakonkan oleh Johan Asa’ri.

ARTIKEL MENARIK:Di Usia 72 Tahun, Salamiah Hassan Sah Berhijab – “Pesanan Arwah Ibarat Serampang Dua Mata”




Siri Jaga Aku Selamanya.

Tidak dinafikan, perpisahan dua beradik, Adi dan Yeye antara babak paling meruntun jiwa setiap penonton yang menonton episod akhir Khamis lalu.

Memandangkan pihak berkuasa hanya benarkan Pak Ehsan mengambil seorang sahaja daripada mereka untuk dijadikan anak angkat, maka si abang (Adi) mengalah agar keselamatan adik perempuannya (Yeye) terjamin.



Loading...




Dzul Hadziq (Adi) dan Putri Iesya (Yeye)

Namun, di sebalik babak yang merentap rasa hingga mampu mengalirkan air mata pada malam terakhir lalu, tersingkap hakikat bahawa Adi dan Yeye sebenarnya di luar set adalah adik-beradik betul.

Kedua-dua kanak-kanak yang dimaksudkan ialah Dzul Hadziq (Adi) dan Putri Iesya (Yeye), dua pelakon cilik yang disifatkan penonton memiliki bakat besar.

Bahkan di dunia realiti, jika Putri alami bad mood di set penggambaran, Dzul pasti berusaha menceriakan adik kesayangannya, sekali gus melancarkan lakonan masing-masing. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post