Hujung minggu lalu, King Tom kembali menggalas status sebagai isteri setelah mengumumkan berita perkahwinannya dengan rakan penyanyi, Fuad Rahman.
Selang sehari selepas itu, menerusi akaun media sosialnya Tom telah memuat naik beberapa keping foto sekitar upacara akad nikah yang berlangsung di Batam, Indonesia.
ARTIKEL MENARIK:Achey Bimbang Kampung Halaman Dilanda Banjir, Siap Sedia Pulang Ke Segamat
@boom.malaysia Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Tom dan Fuad #boom #boommalaysia #artismalaysia #celebrity #no1 #artist #star #idol #icon #fyp #hit #top #news #influencer #inspirer #personality #viral #trending #kahwin #fuadrahman #kingtom ♬ original sound – Boom! Malaysia
Sedondon dan sepadan mengenakan busana tradisi rona serba putih, momen majlis pernikahan mereka dikatakan berjalan lancar dan sempurna.
Loading...
Terbaharu, Tom sempat berkongsi gambarnya bersama Fuad sebelum mereka berdua berangkat pulang ke Malaysia.
“Nak balik Malaysia dah. Tak sabar nak raikan momen ini dengan anak-anak.
“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai di sini. Biarlah di mana sekalipun, paling penting pernikahan ini sudah terjadi dan kami rasminya bergelar suami isteri,” katanya. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment