Pelawak Achey meluahkan rasa bimbang mengenai perkembangan terkini negeri Johor yang dilanda banjir dan dikhabarkan jumlah mangsa semakin melonjak.
Achey menerusi laman sosial Instagram (IG)nya berkongsi beberapa potong video terkini dipercayai keadaan semasa kampung halamannya di Segamat, Johor.
ARTIKEL MENARIK:[V] Atu Terharu Nabila Razali Sudi Terima Jambangan Bunga – “Dia Tak Tahu Saya Akan Naik Ke Pentas”
Pada hantaran tersebut, Achey mendoakan agar warga Segamat berada dalam keadaan baik dan dia juga sudah bersedia untuk pulang menghulurkan bantuan.
“Semoga kalian semua di Segamat baik-baik sahaja. Kami siap sedia di sini untuk ke sana,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan terima kasih kepada Achey kerana kesudiannya untuk turum membanting tulang.
Mereka turut mendoakan hasrat Achey untuk membantu mangsa banjir di Segamat dipermudah.
Terdahulu, media melaporkan mangsa banjir di Johor melonjak kepada 2,162 penduduk daripada 581 keluarga yang dipindahkan ke 25 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah setakat jam 9 pagi tadi.
Segamat kekal menjadi daerah paling terjejas dengan seramai 746 mangsa daripada 209 keluarga ditempatkan di enam PPS yang dibuka. – BOOM!
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment