Dulu, semasa era 80-an dan 90-an, aktor-aktor inilah yang menjadi kegilaan para wanita. Masa tu Fattah Amin pun belum lahir kot.
Kini kebanyakan selebriti ini sudah menjangkau usia 50 tahun tapi ada yang masih segak bergaya dan masih aktif jadi hero filem/drama. Ada juga yang sudah meninggalkan dunia lakonan. Siapakah mereka? Jom kita lihat.
ARTIKEL MENARIK:Ibu Shuib Dedahkan Apa Sebenar Berlaku Sampai Shuib Tawar Hati Dgn Sepahtu Reunion
#1 Azhar Sulaiman
Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak tahun 1989, Azhar Sulaiman terkenal kerana wajah ‘babyface’nya serta senyuman yang menawan.
Azhar juga dikenali kerana kebolehannya bertutur bahasa Inggeris dengan lancar, mempunyai pendidikan tinggi dalam bidang senibina dan merupakan seorang arkitek bertauliah.
Namanya sering meniti bibir peminat sejak beraksi di layar perak dalam filem Mira Edora pada tahun 1990.
Pada tahun 1993, Azhar menjadi watak utama dalam filem Abang 92 yang meletup di pawagam dan beliau terus semakin laris memenuhi permintaan pengarah drama dan filem tanah air ketika itu.
Azhar masih aktif dalam lakonan dan pengacaraan sehingga ke hari ini.
#2 Datuk Yusof Haslam
Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem terkenal di Malaysia. Sebut sahaja Datuk Yusof Haslam, semua orang kenal dan tahu nama filem yang beliau pernah hasilkan.
Sebelum menjadi pengarah, beliau merupakan salah seorang hero kegemaran rakyat Malaysia sejak tahun 70-an lagi.
Lakonan mantapnya bersama Datuk Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepong berjaya menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini.
Kini Datuk Yusof Haslam lebih banyak bekerja di belakang tabir dan memperkembangkan perniagaannya dalam pelbagai bidang.
#3 Dato’ Awie
Dato’ Awie memulakan kerjayanya sebagai seorang vokalis bagi kumpulan rock terkemuka tanah air, Wings.
Beliau kemudian melebarkan sayap ke bidang lakonan melalui filem Pemburu Bayang pada tahun 1993. Filem yang menggandingkannya dengan ratu rock Malaysia, Ella berjaya memecahkan panggung dan dari situ Awie terus mengorak langkah dalam perfileman.
Walaupun sering dilanda kontroversi dan gosip, namun Dato’ Awie tidak patah semangat dan masih aktif berlakon drama, filem dan teater sehingga ke hari ini.
#4 Eman Manan
Eman Manan telah beberapa kali memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.
Eman Manan atau nama sebenarnya Abdul Manan bin Embong mula berjinak-jinak dalam lakonan pada tahun 1980-an.
Namanya mula diangkat setelah memegang watak utama menerusi filem Matinya Seorang Patriot semasa bergandingan dengan Noor Kumalasari.
Sehingga ke hari ini, Eman Manan masih lagi bergiat aktif dengan membintangi drama serta telefilem tempatan.
#5 Rosyam Nor
Rosyam Nor mula dikenali setelah debut filem pertamanya, Gila-gila Remaja pada tahun 1985 di mana beliau berlakon bersama-sama sepupunya, Faizal Hussein.
Namun, kejayaan box office Rosyam hanya datang hampir 10 tahun kemudian dengan filem Suami, Isteri dan …
Rosyam terkenal dengan kebolehan lakonannya yang versatil dan telah merangkul banyak anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni.
Kini, Rosyam lebih banyak mengarah dan menerbitkan filem.
Beliau juga yang tidak lokek ilmu telah banyak membantu pelakon-pelakon baru menempa nama dalam industri sehingga terkenal.
Sumber: Illuminasi
Kredit -
Post a Comment