Syamsul Yusof Beritahu Puteri Sarah Nusyuz Kerana Hubungi Bekas Teman Lelaki. Sekali Ini Komen Puteri Sarah

Syamsul Yusof Beritahu Puteri Sarah Nusyuz Kerana Hubungi Bekas Teman Lelaki. Sekali Ini Komen Puteri Sarah

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusuf mendakwa isterinya, Puteri Sarah Liyana masih berhubung dengan bekas kekasih.

Syamsul Yusof Beritahu Puteri Sarah Nusyuz Kerana Hubungi Bekas Teman Lelaki. Sekali Ini Komen Puteri Sarah



Selain itu, ibu kepada dua anaknya itu juga didakwa telah memfitnah Syamsul dengan mendakwa tidak memberi nafkah.

ARTIKEL MENARIK:Ibu Syamsul Yusof Luah Rasa Rindu Sebab Lama Tak Jumpa Anak Sendiri. Ini Nasihat Yusof Haslam Kepada Isterinya


Itu merupakan sebahagian alasan yang dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan lelaki itu terhadap Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Respond Puteri Sarah

puteri-sarah-nusyuz.jpeg

Isteri pertama kepada pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah berlapang dada dan sedia berjuang berhubung tuntutan nusyuz yang dikatakan bakal difailkan suaminya itu, hari ini.

“Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja (shooting) cari duit sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Jelas pelakon drama rantaian Andai Itu Takdirnya lagi, lawan tetap lawan dan dia akan terus berjuang mempertahankan nasibnya sebagai seorang isteri.

“Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia.

“Minta doakan semua urusan dipermudahkan dan semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya lagi.



Loading...


Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah, 38.

Terdahulu, Syamsul, 39, enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara tersebut.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji apabila ‘meletak titik noktah’ berkaitan teka-teki hubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Sumber – KOSMO! ONLINE / UTUSAN ONLINE


Kredit -two.e-kesah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post