Ibu Syamsul Yusof Luah Rasa Rindu Sebab Lama Tak Jumpa Anak Sendiri. Ini Nasihat Yusof Haslam Kepada Isterinya

Ibu Syamsul Yusof Luah Rasa Rindu Sebab Lama Tak Jumpa Anak Sendiri. Ini Nasihat Yusof Haslam Kepada Isterinya

MEMAHAMI rasa rindu seorang ibu terhadap anaknya, pengarah Datuk Yusof Haslam menjelaskan punca isterinya dilihat kerap meluahkan perasaan di media sosial.

Ibu Syamsul Yusof Luah Rasa Rindu Sebab Lama Tak Jumpa Anak Sendiri. Ini Nasihat Yusof Haslam Kepada Isterinya



Yusof, 69, berkata isterinya iaitu Datin Patimah Ismail hanya mahu Syamsul pulang ke pangkuan keluarga dan menjernihkan semula segala kekusutan yang berlaku.

ARTIKEL MENARIK:Penyanyi Lagenda Yantzen Alami Penyakit Misteri. Rupanya Ini Yg Dia Tanggung Yang Ramai Tak Sangka


Malah Yusof sebagai bapa juga mengharapkan ada jalan penyelesaian berhubung kemelut rumah tangga Syamsul bersama isteri Puteri Sarah Liyana.

imageResize-500x375

Yusof Haslam dan isteri mahu anak pulang ke rumah.

“Dia seorang ibu… Dia rindukan kasih sayang anak dia dan berharap anak dia balik berjumpa… harmonikan benda-benda yang kusut.

“Saya ada menasihati datin agar bertenang menangani isu ini, saya bukannya tak sedih… dia anak darah daging saya. Saya sayang dia… saya nak dia balik jumpa isteri dan anak dia. Saya tak mahu benda ini berlarutan.



Loading...


“Apa pun kehidupan perlu diteruskan walaupun berlaku perkara seperti itu. Pada usia saya sekarang ini saya nakkan kedamaian bukannya konflik yang tidak selesai. Saya sayang menantu saya dan anak-anak saya,” katanya kepada mStar.

DSC08536

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Dalam pada itu, pengarah dan penerbit itu juga memberitahu dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

“Sebagai ayah terus terang saya mendoakan Syamsul yang terbaik dan mencari jalan terbaik untuk Syamsul jernihkan keadaan dengan isteri dan ibu dia.

“Saya tiada menyimpan dendam ke apa saya tahu anak muda ada konflik dan jiwa muda dia. Dia melalui proses.

“Saya bermula dari bawah, Syamsul ada perjalanan hidup yang selesa dan tentunya kehidupan kami tidak sama. Saya pun tidak boleh salahkan dia 100 peratus,” katanya lagi.

VIDEO:

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Rentetan itu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela hidup bermadu.

Malah pada 7 Mac lalu, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah sekali gus mahkamah memerintahkan untuk pihak berkenaan melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan cerai mereka.

Sumber : HMETRO ONLINE


Kredit -two.e-kesah


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post