Syamsul Berharap Agar Sarah Terima Ira – “Saya Akan Bersemuka Untuk Bincangkan Giliran”

Syamsul Berharap Agar Sarah Terima Ira – “Saya Akan Bersemuka Untuk Bincangkan Giliran”

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof akui terkilan sementelah pertemuan empat mata dengan Puteri Sarah seperti yang diharapkannya tidak kesampaian.

Syamsul Berharap Agar Sarah Terima Ira – “Saya Akan Bersemuka Untuk Bincangkan Giliran”



Meluahkan tentang perkara itu, Syamsul ditemui media usai berakhirnya sesi rundingan bersama Jawatankuasa Pendamai di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang berlangsung pagi semalam.

ARTIKEL MENARIK:Pertelingkahan Syamsul Dan Aaron, Ini Respons Sharnaaz Ahmad Apabila Namanya Dipetik


 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALE – ALE (@aleale.dr)

“Sebenarnya tadi (semalam) saya berharap sangat dapat berjumpa Sarah dan bercakap dengannya untuk mencari titik perdamaian.

“Malangnya, sesi tersebut dijalankan secara berasingan dan saya hormati prosedur ditetapkan,” katanya dalam nada kecewa.

Pun begitu, sutradara filem berkenaan menegaskan, dia akan berusaha menyelamatkan rumah tangganya dan fikirkan cara untuk atur pertemuan dengan isteri pertamanya, sekali gus cuba menangani kemelut yang melanda.


Sesi JKP yang dihadiri Syamsul dan Sarah pagi semalam gagal menemui titik penyelesaian dan akan diteruskan di mahkamah.

“Sekiranya tidak dapat terima poligami ini, saya tetap mahu bersemuka dengan Sarah untuk berbincang mengenai giliran antara dia dan Ira,” tegasnya.

Akuinya lagi, perceraian bukan jalan mudah dalam mengatasi masalah hubungan suami isteri memandangkan banyak kaedah lain boleh diguna pakai.



Loading...


“Orang selalu cakap kenapa saya enggan menceraikan dia. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal ‘dalam kain’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALE – ALE (@aleale.dr)

“Hakikatnya ramai pasangan berhadapan masalah besar selepas mereka bercerai terutama hal melibatkan hak penjagaan anak dan pemberian nafkah,” jelasnya menetapkan pendirian.

Walau bagaimanapun, bapa kepada dua anak itu berlembut hati untuk pertimbangkan tuntutan Sarah yang berkeras mahu dilepaskan.

“Saya dah cuba macam-macam cara untuk jumpa dan pujuk, tapi dia menolak. Soal sedia atau tidak untuk bercerai, mungkin boleh dipertimbangkan.


Sarah membuat keputusan untuk menjalani sesi rundingan JKP secara berasingan kerana enggan bersua dengan Syamsul.

“Apapun, ayuh jumpa dulu dan bersemuka,” ungkapnya memberi pilihan.

Terdahulu, sesi rundingan bersama wakil masing-masing di pejabat Jawi itu dikira gagal kerana Sarah tetap tidak berganjak dengan keputusannya yang mahukan perceraian. – BOOM!

Sumber: KOSMO!


Kredit - Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post