Pertelingkahan Syamsul Dan Aaron, Ini Respons Sharnaaz Ahmad Apabila Namanya Dipetik

Pertelingkahan Syamsul Dan Aaron, Ini Respons Sharnaaz Ahmad Apabila Namanya Dipetik

Rentetan pertelingkahan antara Datuk Aaron Aziz dengan Syamsul Yusof berhubung pengguguran aktor berkenaan dalam filem The Original Gangster, Sharnaaz Ahmad tampil memberikan respons berikutan namanya turut dipetik oleh pengarah tersebut, baru-baru ini.

Pertelingkahan Syamsul Dan Aaron, Ini Respons Sharnaaz Ahmad Apabila Namanya Dipetik



Menerusi perkongsian di akaun media sosial, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, menjelaskan, dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah filem berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:“Tak Soal Rezeki Yang ‘Tiada’, Ingin Tegur Cara Hormati Orang Lain…” – Isteri Aaron Aziz Bersuara Pertahankan Suami Dari ‘Body Shaming’ Secara Terbuka


Dia berkata demikian ketika memberi jawapan balas kepada warganet yang menyuruhnya agar menarik diri daripada projek filem terbabit.

“Sharnaaz, Beto… tolong tarik daripada projek Sol (Syamsul) bod* tu!” tulis seseorang di ruangan komen.

Tidak lama kemudia, aktor itu menjawab permintaan netizen berkenaan.

“Tidak kerana kami profesional. Kami takkan tarik diri sehingga projek ini selesai. Personal is personal.



Loading...




Syot layar kemas kini Sharnaaz di ruangan IG Story miliknya.

“As a director (Syamsul), you have my full support and respect, without a doubt. Yang tahu je tahu.

“Yang banyak bercakap, takut terselak kain sendiri, take note,” tulisnya menetapkan pendirian.

Pada masa sama, bapa tunggal itu sempat menitipkan pesanan supaya menghormati kehadiran Ramadan.

“Hormatilah Ramadan, tak perlu gaduh-gaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa yang syaitan sebenarnya?” soalnya.

BACA: Berlaku Kemelut Antara Aaron Dan Syamsul? Soffi Jikan Dedah Hal Sebenar – “Memang Betul”


The Original Gangster arahan Syamsul turut dibintangi Sharnaaz.

Terdahulu, Syamsul pada Selasa menerusi sesi sidang media menjelaskan sebab utama Aaron digugurkan adalah kerana faktor kesihatan dan keselamatan aktor terbabit.

Syamsul turut menyatakan keputusan tersebut bukanlah pilihannya seorang tetapi melibatkan banyak pihak termasuk penerbit dan pelakon terlibat iaitu Sharnaaz serta Beto Kusyairy. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post