Kamal Adli Alami Kecederaan Di Kepala Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Singapura

Kamal Adli Alami Kecederaan Di Kepala Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Singapura

Artis serba boleh, Didie Alias menerusi entri di Instagram memuat naik sebuah video menyaksikan Kamal Adli sedang dirawat di sebuah pusat rawatan dan kelihatan Uqasha Senrose turut berada di sisinya.

Kamal Adli Alami Kecederaan Di Kepala Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Singapura



Menerusi video tersebut yang dirakam oleh pengacara, Roslan Shah, kedengaran doktor yang merawatnya memaklumkan bahawa kecederaan dialami Kamal dijangka akan sembuh dalam tempoh seminggu.

ARTIKEL MENARIK:Hafidz tiba di mahkamah hadapi pendakwaan cederakan isteri




Sementara itu, Didie ketika dihubungi mengatakan, Kamal telah diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali di Singapura.



Loading...


“Dia kena serang dengan seorang lelaki. Cik Lan (Roslan) yang bawa dia ke hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

 

“Sekarang ni Sha (Uqasha) ada di balai polis dengan Cik Lan untuk buat laporan,” beritahunya.

Didie mengatakan, Kamal dan Uqasha kini berada di Singapura kerana memenuhi undangan ke sebuah acara di sana.

Bagaimanapun Didie mengatakan, dia belum mengetahui maklumat terperinci mengenai kejadian yang menimpa aktor terbabit. – BOOM!


Kredit -Boom! Malaysia.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post