Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga, Jalan Sendirian Dari 4 Pagi

Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga, Jalan Sendirian Dari 4 Pagi

Baru-baru ini, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan bekas pelakon, Zul Yahya didakwa sedang berdepan dengan masalah dan memerlukan bantuan.

Zul Yahya Didakwa Ada Masalah Keluarga, Jalan Sendirian Dari 4 Pagi



Memetik Harian Metro, menerusi video dikongsikan itu memaparkan Zul sedang berjalan serta pemilik video berkenaan meminta jika orang ramai terjumpa supaya membantu pelakon itu.

ARTIKEL MENARIK:Tegur Shuhada Pakai Pendakap Gigi, Netizen Syak Hafidz Roshdi Depresi Lepas Lafaz Cerai



“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi). Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia.

“Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak,” kongsi akaun TikTok @zackpulaumutiara8.



Loading...


Difahamkan, pihak media cuba menghubungi Zul namun kiriman WhatsApp tidak dibalas malah panggilan telefon juga tidak dijawab.

Sementara itu,last seen di Whatsapp Zul memaparkan kali terakhir dia membuka aplikasi tersebut pada jam 12.44 tengah malam tadi.

Terdahulu, Zul Yahya menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk meinggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.


Kredit -ROTIKAYA




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post