IBU kepada Shuib Sepahtu iaitu Salamiah Jalani tampil membela anaknya selepas pelawak Jep mendedahkan punca sebenar penyampai radio Suria FM itu enggan kembali menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL).
Menurut Salamiah, dia sebagai ibu menyokong keputusan anaknya untuk tidak lagi menyertai SRL memandangkan Shuib pernah dipandang hina oleh individu yang digelar sahabat.
ARTIKEL MENARIK:Puteri Sarah Dedahkan Syamsul Mmg Nak Bercerai Tapi Tak Boleh Dan Ini Sebabnya
“Dengan gerak hati dan izin-Nya hari ini saya tampil bersuara sebagai ibu yang cuba mempertahankan anaknya Shahmira Muhammad @ Shuib Sepahtu dari terus menjadi bualan tanpa mengetahui keseluruhan jalan cerita mengapa dia sudah tak berminat lagi untuk berada dalam SRL.
“Sebagai ibu saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu kerana lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah,” katanya.
Salamiah berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya pada Khamis.
Ibu kepada pelawak berusia 38 itu juga mempersoalkan tindakan rakan seperjuangan yang tergamak menghina Shuib di hadapan orang ramai.
Bukan itu sahaja, Salamiah juga berkata Shuib dilayan seperti seorang pesalah semasa disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Di mana yang dikatakan sahabat. Bila saat sahabat sepejuangan dikenakan tindakan, tiada sahabat yang mempertahankan. Malah dia dimaki dan dihina lagi oleh sahabat sendiri di depan orang ramai.
“Itu ke yang dikatakan sahabat. Di saat dia masih dalam siasatan SPRM dan masih belum pun dijatuhkan hukuman bersalah, dia telah pun dilayan macam orang bersalah oleh sahabat sendiri. Diperli, dimalukan di dalam bilik mesyuarat.
“Untuk apa kita hanya menjadi baik di depan orang ramai tetapi di belakang kita sebaliknya. Dan kerana itulah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Salamiah menjelaskan bahawa Shuib enggan membuka aib rakan sendiri membuatkan dia sentiasa meletakkan kesalahan kepada stesen televisyen.
Ketika itu dia bukan memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri tetapi dia lebih menjaga maruahnya dari terus dipijak-pijak. SALAMIAH JALANI IBU SHUIB SEPAHTU
Disebabkan Shuib tidak mahu maruahnya terus dipijak, pelawak berkenaan mengambil keputusan membawa haluan sendiri.
“Dia masih tetap meletakkan jawapan perginya dia dari SRL adalah kerana Astro sedangkan jawapan sebetulnya bukan itu tetapi untuk tidak mengeruhkan keadaan dia masih menyimpan jawapan yang sebetulnya.
“Ketika itu dia bukan memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri tetapi dia lebih menjaga maruahnya dari terus dipijak-pijak orang tanpa memikir sedikit pun perasaannya.
“Dan yang membuatnya sedih kerana itu adalah rakan sepejuangan dan rakan yang dikenali sebelum dia menjadi artis,” ujarnya.
Salamiah menjelaskan tindakannya bercerita mengenai perkara ini adalah kerana bersimpati dengan Shuib dan bukan ingin menumpang populariti anaknya itu.
Lebih-lebih lagi, kemelut membabitkan kumpulan ini telah lama berlaku dan masih hangat diperkatakan.
“Jadi sebagai ibu yang sentiasa melihat kesedihan dia, kemurungan dia yang terpaksa melupakan minatnya ketika itu, menolak nilai duit demi mempertahankan maruahnya. Kerana dia ingin berkerja dalam hati yang tenang dan gembira.
“Saya pun bukanlah gila publisiti murahan tetapi untuk sekali ini saya rasa saya perlu bersuara kerana anak saya sudah cukup berdiam diri bertahun-tahun,” kongsinya.
Luahan Ibu Shuib
Sebelum ini, Jep Sepahtu mendedahkan bahawa Shuib enggan menyertai program SRL disebabkan pelawak berkenaan melakukan satu babak yang didakwa aksi lucah sehingga menerima kecaman ramai.
Disebabkan itu, Shuib digantung serta diminta untuk membuat pemohonan maaf sebagai pengajaran namun pelawak berkenaan tidak dapat menerima keputusan tersebut.
Sumber: Mstar Online
Kredit -
Post a Comment