Keputusan yang dibuat oleh Syamsul Yusof untuk tidak menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana mengejutkan banyak pihak.
Malah, Puteri Sarah sewaktu ditemui rakan media turut menyatakan perasaan yang sama, selain memberitahu suaminya masih yakin rumah tangga mereka mempunyai sinar untuk berdamai.
ARTIKEL MENARIK:Bella Astillah Sebak Bila Isteri Hafidz Roshdi Menangis Depan Dia
Sedangkan dakwa Puteri Sarah Liyana, suaminya itu tidak bertanya khabar atau melawatnya sewaktu aktres berusia 38 tahun itu dimasukkan ke hospital pada bulan lalu.
Terima DM daripada kenalan Ira Kazar
Terbaharu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkongsi tangkapan layar yang menunjukkan seorang individu mendakwa kenalan Ira Kazar memberitahu Syamsul Yusof ada niat mahu berpisah dengan isteri pertamanya itu.
“Sis (Puteri Sarah), kawan saya berkawan dengan Ira Kazar. Ira cakap Sol (Syamsul Yusof) memang nak cerai tapi dia tak bodoh. Kalau cerai, nanti sis (Puteri Sarah) tuntut harta pencarian, mesti dia akan miskin,”
Di kesempatan itu, individu berkenaan meminta Puteri Sarah meneruskan perjuangannya menuntut hak yang sepatutnya termasuk harta sepencarian daripada Syamsul Yusof.
Sebab tu suka pasang peguam…
Mesej berkenaan menarik perhatian Puteri Sarah yang baru sahaja menghasilkan sebuah karya berjudul Terus.
“Sebab tu pasang lawyer untuk orang-orang yang suka menyalak macam ni,”tulisnya.
Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada individu berkenaan adalah kenalan rapat kepada isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar dan menceritakan hal sebenar atau sebaliknya.
Sumber: Murai Via LimauAsamboi
Kredit -
Post a Comment