Harga sawit dijangka lebih tinggi

Harga sawit dijangka lebih tinggi

PETALING JAYA – Kenanga Research menyemak naik unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) untuk tahun 2024 kepada RM3,800 setan berbanding RM3,500 sebelum ini, disebabkan pemulihan bekalan minyak makan global yang lebih perlahan berbanding jangkaan.

Harga sawit dijangka lebih tinggi



Unjuran harga purata MSM untuk tahun ini bagaimanapun dikekalkan pada RM3,800 setan.

ARTIKEL MENARIK:Dua pekerja restoran cedera diserang pelanggan mabuk


Kenanga berkata, antara faktor positif bagi sektor kelapa sawit ialah minyak sawit merupakan makanan keperluan bagi ekonomi sedang meningkat naik seperti China, India dan Indonesia; sifatnya yang mampu milik dan fleksibel; serta permintaan untuk bahan api bio (biofuel).

“Ketika Brazil dijangka mencatatkan rekod baharu dalam penuaian kacang soya, keadaan di Argentina adalah sebaliknya.

“Meskipun Brazil merupakan pengeluar tertinggi kacang soya, Argentina sebenarnya adalah lebih penting untuk perdaga­ngan antarabangsa dan sering menduduki tempat ke-3 atau ke-4 dalam senarai pengeksport minyak makan terbesar di dunia selepas Indonesia, Malaysia dan kadangkala Rusia.

“Pasaran bekalan minyak makan bernasib baik kerana bekalan minyak sawit sepatutnya akan bertambah baik. Pada masa sama, permintaan juga dijangka pulih dan mungkin pada kadar yang lebih pantas,” katanya dalam nota kajian yang diterbitkan semalam.



Loading...


Firma berkenaan menambah, dengan pemulihan permintaan yang teguh, pihak­nya mengekalkan prospek permintaan-bekalan untuk m­inyak makan yang rapuh tahun ini, dengan kemungkinan harga MSM yang kukuh.

“Kebimbangan kami sekarang ialah imbangan yang ketat ini mungkin bakal berlanjutan ke tahun 2024, dengan kemungkinan lebihan bekalan kacang soya dari Amerika Selatan adalah lebih kecil daripada jangkaan.

“Pengeluaran minyak sawit yang diunjurkan lebih tinggi tahun ini, pada pertumbuhan tiga hingga lima peratus tahun ke tahun sepatutnya akan membantu bekalan minyak makan, walaupun pada skala terhad,” ujarnya.


Kredit -Kosmo Digital




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post