Abang penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 3.20 pagi, hari ini.
Sebelum itu, Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga pada 2009 dirawat di hospital itu kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.
ARTIKEL MENARIK:Akhirnya Syamsul Yusof Beritahu Samada Isteri Kedua Dia, Ira Kazar Sedang Hamil Atau Tidak
Berita sedih pemergian Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu disampaikan adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.
“Abang saya sudah tiada,” katanya.
Terdahulu, Chaq sudah seminggu ditidurkan akibat kecederaan yang dialami itu.
Menurut keluarganya semalam, penyanyi sambilan itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.
Doktor turut memberitahu mereka untuk terus berdoa memandangkan keadaannya sukar dijangka ketika itu.
Akibat kemalangan itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.
Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan.
Semalam, Stacy turut meminta doa ramai berharap agar abangnya terus kuat berjuang dan kembali sihat seperti sedia kala. – BOOM
Sumber: HARIAN METRO
Kredit -Boom! Malaysia.
Post a Comment