NEW DELHI – Seorang wanita di India terpaksa menggantikan tempat kakaknya sebagai pengantin selepas dia meninggal dunia akibat serangan jantung secara tiba-tiba, lapor laman berita Daily Star semalam.
Pada awalnya, kakak wanita itu, Hetal, dalam proses untuk melangsungkan perkahwinan bersama seorang lelaki dikenali sebagai Vishal di sebuah kuil di Bhavnagar.
ARTIKEL MENARIK:Gempa bumi Turkiye antara bencana paling dahsyat sejak 1668
Namun, kakaknya itu mengadu berasa pening sebelum pengsan, yang menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan ketika majlis perkahwinannya masih berlangsung, Ahad lalu.
Doktor kemudian mengesahkan bahawa Hetal meninggal dunia akibat serangan jantung.
Loading...
Bagaimanapun, daripada bertindak membatalkan perkahwinan itu, bapa Hetal, Jinabhai Rathore membuat keputusan bahawa Vishal akan mengahwini anak perempuannya yang lain.
Menurut laman berita tempatan Hindi Latest, jasad Hetal disimpan di dalam peti di bilik mayat di hospital sehingga majlis perkahwinan adiknya selesai dilakukan. – AGENSI
Kredit -Kosmo Digital
Post a Comment