BRUSSELS, 18 Rejab 1444H, Khamis – Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye pada Isnin adalah antara yang paling dahsyat pernah berlaku di wilayah itu sejak 1668.
Ahli Geologi Belgium, Marc De Batist berkata, gegaran awal sebenarnya adalah gempa bumi pertama atau kedua terbesar yang pernah direkodkan di Turkiye – sejak bencana itu direkodkan secara sistematik oleh instrumen seismologi.
ARTIKEL MENARIK:Omayra Sánchez Trending Di TikTok! Ini 5 Fakta Kematiannya Yang Ramai Tak Tahu
“Kekuatan gegaran itu sama dengan gempa bumi Erzincan 1939 (menyebabkan 33,000 korban) yang … berukuran 7.8 magnitud,” katanya.
Katanya, gegaran kedua adalah antara 11 gempa bumi terkuat dalam sejarah yang direkodkan di negara itu.
Lebih 8,570 orang terbunuh dan lebih 49,130 cedera selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada Isnin.
Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud, berpusat di wilayah Kahramanmaras dan melanda 10 lagi wilayah lain sehingga memusnahkan beribu-ribu bangunan serta menjejaskan lebih 13 juta orang.
Menurut Batist, sebab utama skala kemusnahan adalah hiposenter, iaitu titik asal gempa bumi adalah cetek dan lebih dekat dengan permukaan.
“Semakin cetek gempa bumi, semakin kuat gegaran yang dialami di tanah. Ia adalah intensiti gegaran, bersama dengan tempoh gegaran yang menyebabkan banyak kerosakan.
“Gempa kedua yang sangat kuat melanda kawasan sama digegarkan oleh yang pertama, itu memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Isnin lalu, gempa bumi sekuat 7.8 pada skala Ritcher menggegarkan Turkiye dan mengorbankan lebih 12,000 penduduk Syria-Turkiye dan angka kematian dijangka bertambah lagi.- Agensi
Kredit -
Post a Comment