Susulan dakwaan mengabaikan bekas isteri, Zurini Hasbullah sehingga menyebabkan wanita tersebut mengalami tekanan perasaan, penyanyi Cliff Umar enggan memberikan sebarang komen.
Cliff ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana menyifatkan ia masalah peribadi.
ARTIKEL MENARIK: “Minta Maaf, Ini Masalah Peribadi!” – Cliff Umar Enggan Ulas Isu Abai Bekas Isteri, Anak-anak
Dia turut meminta orang lain tidak mencampuri urusan keluarganya serta Zurini, selain sempat memohon maaf.
Hidapi tekanan, Zurini pernah terfikir untuk bunuh diri.
“Minta maaf. Ini masalah peribadi dan saya selesaikan dengan dia (bekas isteri) sendiri.
Loading...
“Saya harap orang lain hormat keputusan untuk tidak masuk campur dalam hal peribadi saya,” kata vokalis kumpulan Projek Pistol itu memetik laporan Harian Metro.
Selaku juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff merangkul wang tunai RM100,000
Terdahulu, Zurini membuat pengakuan bahawa hidupnya tertekan kerana diabaikan penyanyi tersebut selepas bercerai.
Bekas pramugari itu berkata, lebih memeritkan apabila dua anak lelakinya yang berusia 14 dan 11 tahun disahkan mengidap autisme, manakala anak perempuan bongsu umur tujuh tahun dikesan mempunyai ciri-ciri disleksia. – BOOM!
Sumber: Harian Metro
Kredit -Boom! Malaysia
Post a Comment