Tertekan Diabai Suami, Bekas Isteri Cliff Umar Pernah Terdetik Bawa Anak-anak Terjun Sungai

Tertekan Diabai Suami, Bekas Isteri Cliff Umar Pernah Terdetik Bawa Anak-anak Terjun Sungai

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah ibaratnya nasib bekas isteri penyanyi Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah yang mendakwa hidup tertekan kerana diabai suami.

Tertekan Diabai Suami, Bekas Isteri Cliff Umar Pernah Terdetik Bawa Anak-anak Terjun Sungai



Zurini berkata, selama ini dia bertungkus-lumus membesarkan tiga anaknya bersendirian selepas Cliff bersikap tidak peduli sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL MENARIK:“Minta Maaf, Ini Masalah Peribadi!” – Cliff Umar Enggan Ulas Isu Abai Bekas Isteri, Anak-anak




Zurini di samping tiga anaknya bersama Cliff.

Dua anak lelaki berusia 13 dan 11 tahun disahkan mengidap autisme, manakala anak perempuan bongsu kini memasuki usia tujuh tahun dikesan mempunyai ciri-ciri disleksia yang ketara.

“Mereka bukan cacat anggota, tetapi lemah dari segi lain. Nampak macam normal, namun di baliknya kena tahu cara untuk kendalikan mereka.

“Bayangkan, saya kena mandikan mereka setiap hari bermula jam 4 pagi dengan fizikal si sulung dah cecah ketinggian hampir enam kaki untuk disiapkan ke sekolah. Ia bermula sejak dari usia setahun hingga sekarang.

“Saya buat semuanya seorang diri dan kadang-kadang tertekan juga sebab tiada masa rehat. Saya kena cari duit, kemas rumah dan jaga mereka kalau sakit,” katanya.

Menurut Zurini, ada satu ketika dia terfikir mahu menghidupkan enjin kereta dan bawa anak-anak terjun ke sungai kerana disebabkan tekanan.


Cliff merupakan juara Gegar Vaganza musim ketujuh.


Loading...


“Orang tak faham saya perlukan sokongan. Keluarga saya pun ada masalah sendiri. Orang yang saya harap untuk beri sokongan pula tiada. Hidup saya semata-mata untuk anak.

“Rasanya kalau tiada anak-anak, saya mungkin dah tiada. Akan tetapi, dek anak-anaklah saya mampu bertahan. Dulu apabila minta duit daripada ayah mereka tetapi tak dapat, anak-anak jadi tempat saya lepaskan kemarahan,” akuinya.

Episod sedih Zurini bermula apabila dia yang sedang mengandung anak bongsunya berpisah dengan vokalis Projek Pistol terbabit pada 2014.

Ia membuatkan bekas pramugari berkenaan mengambil keputusan menjual karipap yang dibuatnya sendiri sebagai punca rezeki.

Pun begitu, Zurini yang sah bercerai pada 2019 reda dengan ketentuan Allah.

“Paling saya risaukan sampai bila saya boleh hidup? Sebab itulah saya harap sangat dia dapat melayani anak-anaknya dengan baik.


Lebih setahun diabaikan, Zurini akui hidupnya tertekan.

“Satu hari nanti kalau berlaku apa-apa terhadap saya, dia boleh tolong jaga anak-anak. Namun, apabila keadaan jadi begini, seboleh-bolehnya saya elak mati awal,” katanya.

Tambahnya, andai bekas suami membantu dari segi kewangan, dia boleh mengupah orang mengemas rumah dan mencuri masa untuk berehat.

Katanya sejak 10 tahun lalu, dia hanya tidur sejam dua sahaja atau paling lama tiga jam.

“Setiap hari kehidupan saya tergesa-gesa hingga tak sempat nak fikir. Saya disahkan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan keletihan teramat.

“Saya pernah dipanggil menghadiri temu duga bekerja, tetapi siapa nak tengokkan budak-budak?

“Takkan ada sesiapa yang tahan kecuali saya sendiri sebab perlukan kesabaran tinggi. Makan pun berterabur macam budak umur lima tahun,” ujarnya.

Bagaimanapun Zurini menjelaskan, anak-anaknya waima tidak normal seperti kanak-kanak lain, tetapi mereka semua disifatkan bijak dan cepat belajar. – BOOM!

Sumber: Harian Metro


Kredit -Boom! Malaysia




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post